• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

iQoo 11 tiba dengan prestasi tertinggi di Malaysia: Snapdragon 8 Gen 2, LPDDR5X dan UFS 4.0

  • OLEH Najib
  • 8:21 pm
  • 08/12/2022
  • Komen
iQoo 11 tiba dengan prestasi tertinggi di Malaysia: Snapdragon 8 Gen 2, LPDDR5X dan UFS 4.0
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini iQoo membuat kemunculan sulungnya di Malaysia dalam majlis pelancaran pertama mereka yang memperkenal telefon pintar iQoo 11. Ia adalah telefon pintar kelas flagship, lengkap dengan pelbagai perkakas terbaru yang menjadikannya telefon paling berkuasa untuk tahun ini.

Tambah menarik apabila iQoo turut mengumumkan kerjasama mereka dengan BMW M Motorsport dalam pelancaran kali ini, membawakan edisi khas telefon pintar iQoo 11 dan BMW M Motorsport.



Promosi dan harga jualan iQoo 11

Peminat yang sudah lama menanti dan mereka yang mahu memiliki telefon pintar paling berkuasa ini, boleh membeli iQoo 11 mulai 9 Disember 2022. Harga rasminya di Malaysia ialah:

  • iQoo 11 (RAM 16GB + Storan 256GB) – RM3,499

Telefon ini boleh didapati di e-store Vivo Malaysia, serta di stor Rasmi iQoo di Lazada, Shopee dan TikTok mulai 9 Disember. Manakala kedai konsep Vivo akan mula menjualnya pada 13 Disember.



Promosi jualan awal turut disediakan, menyediakan hadiah percuma dan potongan harga. Bagi pembelian dari 9 hingga 15 Disember 2022, pembeli boleh mendapatkan dsikaun RM200 untuk iQoo 11 iaitu RM3,299 sahaja. Di samping itu, pembeli juga akan menerima penggantian 1-ke-1 untuk kerosakan pengeluar, kad VIP iQoo dan boleh membeli fon telinga iQoo Wireless Active pada harga RM99.

Selain itu, pembeli dalam tempoh promosi ini juga boleh membeli perkakas iQoo dengan harga diskaun iaitu:

  • iQOO Cooling Back Clip Pro – RM159
  • iQOO Wireless Active – RM139
  • iQOO Game Finger Sleeves – RM19

Spesifikasi iQoo 11

Tidak salah rasanya jika iQoo 11 digelar sebagai telefon pintar paling berkuasa dilancar di Malaysia tahun ini. Ia bukan sahaja dilengkapi cip terbaru dan terbaik Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 2, malah datang dengan RAM dinaik taraf LPDDR5X sebanyak 16GB dan storan serba baharu UFS 4.0 seluas 256GB. Di samping itu, ia juga menyokong Extended RAM 3.0, keupayaan menambah RAM Maya sebanyak 8GB untuk menjadikan jumlah RAM kepada 24GB.

Untuk menampung kehebatan ini, Sistem Penyejukan Cecair Ruang Wap seluas 4,0133 mm2 bersama tiga lapisan graphite digunakan bagi mengalirkan haba dengan lebih baik. Di samping itu, bingkai iQoo 11 dibina daripada aluminium gred pesawat untuk memberikan ia kurang panas.

Skrin iQoo 11 juga sangat hebat. Ia jenis AMOLED E6 dengan resolusi 2K, seluas 6.78-inci dan ada kadar penyegaran 120Hz. Cip khas V2 digunakan untuk memproses grafik agar pergerakan, bingkai dan hasil paparan sentiasa jelas tajam dan kurang lengah. Cip V2 ini juga boleh meningkatkan keupayaan permainan yang tidak menyokong kadar penyegaran tinggi, agar menghasilkan paparan setanding 90Hz atau 120hz.

Walaupun digelar telefon gaming, iQoo 11 tiada butang bahu. Tetapi iQoo menambah fungsi In-Display Dual Monster Touch. Ia menjadikan bahagian kanan dan kiri skrin boleh digunakan secara berbeza supaya empat sentuhan jari boleh digunakan untuk lebih kawalan permainan.

Pengalaman bermain ini dipertingkat lagi dengan Dwi Motor Linear Paksi-X untuk getaran yang semulajadi. Pengguna juga boleh bermain dengan lebih asyik menerusi speaker stereo di kiri dan kanan.

Tenaga iQoo 11 disalurkan daripada bateri berkapasiti 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas FlashCharge 120W menerusi USB-C. Ini mampu mengecas bateri dari kosong ke 100% dalam masa 25 minit.

Kamera mungkin bukan bahagian hebat pada iQoo 11. Di belakang, ia dilengkapi tiga kamera iaitu kamera utama 50MP Ultra-Sensing menggunakan sensor Samsung GN5, kamera gabungan telefoto dan potret 13MP seta kamera ultra lebar 8MP. Kamera hadapan pula 16MP, terletak di dalam lubang kecil di dahi skrin.

Hanya ada satu kemasan dan warna iQoo 11 diperkenal dalam pelancaran ini iaitu Legend Edition. Ia merupakan kerjaama iQoo dan BMW M Motorsport, menampilkan warna putih dengan kemasan kulit tiruan di belakang seta jalur tiga warna bercorak ‘Clous de Paris’.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk iQoo 11.

Bacaan Berkaitan

  • Tempah awal iQoo 11 untuk peluang menang hadiah berjumlah RM30,000
  • Telefon berkuasa Snapdragon 8 Gen 2 dan BMW M adalah telefon pertama iQoo di Malaysia
  • iQoo 10 Pro, telefon gaming setaraf Black Shark 5 & ROG Phone 6 akan datang ke Malaysia?
Tags: iQooiQoo 11
Najib

Najib

POPULAR

iQoo 11 tiba dengan prestasi tertinggi di Malaysia: Snapdragon 8 Gen 2, LPDDR5X dan UFS 4.0

iQoo 11 tiba dengan prestasi tertinggi di Malaysia: Snapdragon 8 Gen 2, LPDDR5X dan UFS 4.0

8 December 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER