• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi 13: Bila bukan Pro lebih baik kejadiannya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:36 am
  • 13/12/2022
  • Komen
Xiaomi 13: Bila bukan Pro lebih baik kejadiannya
Share on FacebookShare on Twitter

Selain Xiaomi 13 Pro, ada juga varian yang lebih mampu milik dilancarkan iaitu Xiaomi 13. Berada pada hieirarki lebih rendah berbanding varian “Pro”, anda jangan rasakan spesifikasinya dikorbankan dengan teruk sekali.

Bermula dengan rupa paras, saya rasakan yang Xiaomi 13 akan lebih digemari ramai kerana ia tampil dengan rekaan seakan iPhone iaitu badan kuboid bersisi tajam, berbanding sisi melengkung pada varian Pro.



Di bahagian muka, telefon ini dilengkapi panel paparan FHD daripada jenis OLED sebesar 6.36” dengan kadar segar semula setinggi 120Hz. Kecerahan panel paparan telefon ini menyamai versi Pro apabila boleh pergi sehingga 1,900nits jika diperlukan.

Satu perkara yang menarik dengan paparan telefon ini adalah pada bingkai yang dimilikinya. Bahagian dagu yang biasanya tebal pada telefon lain, kelihatan sangat nipis hampir menyamai tiga lagi sisi, lantas menyumbang kepada paras estetika yang tinggi.



Atas papan utama, ia mengguna pakai SoC Snapdragon 8 Gen 2 sama seperti varian Pro dengan konfigurasi juga yang sama. Anda beroleh pilihan kombinasi RAM+storan seperti 8+128, 8+256, 12+256, dan 12+512. RAM dan storan masing-masing mengugnakan modul LPDDR5X dan UFS 4.0 untuk prestasi yang optimum.

Beralih ke bahagian pengimejan, di sinilah perubahan paling ketara boleh anda lihat berbanding Pro. Untuk kamera utama, ia mengguna pakai sensor 50MP yang lebih kecil saiz fizikal. Kemudian pengguna juga terima satu kamera ultralebar dan satu lagi kamera telefoto, masing-masing memanfaatkan sensor 12MP dan 10MP.

Tangki bateri berkapasiti 4,500mAh membekalkan segala keperluan tenaga komponen elektronik yang terdapat paadanya. Ia dicas masuk mengugnakan blok pengecas 67W ataupun secara wayarles pada kadar 50W. Untuk kemudahan, ada juga fungsi mengecas keluar pada kadar 10W secara wayarles.

Lain-lain ciri menarik yang perlu anda tahu adalah seperti kehadiran speaker stereo, pemancar inframerah, dan kekalisan debu/air pada paras IP68.

Xiaomi 13 setakat ini cuma boleh diakses pengguna di China dan berikut adalah harganya:

  • RAM 8GB + Storan 128GB – CNY3,999 (RM2,531)
  • RAM 8GB + Storan 256GB – CNY4,299 (RM2,721)
  • RAM 12GB + Storan 256GB – CNY4,599 (RM2,911)
  • RAM 12GB + Storan 512GB – RM4,999 (RM3,164)

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: androidtelefonxiaomixiaomi 13
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
Xiaomi 13: Bila bukan Pro lebih baik kejadiannya

Xiaomi 13: Bila bukan Pro lebih baik kejadiannya

13 December 2022
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER