• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Find N2 kini dengan engsel lebih tegap dan lebih ringan daripada iPhone

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:07 am
  • 16/12/2022
  • Komen
Oppo Find N2 kini dengan engsel lebih tegap dan lebih ringan daripada iPhone
Share on FacebookShare on Twitter

Menerusi acara Inno Day 2022, Oppo telah mengumumkan dua buah telefon boleh lipat, Oppo Find N2 dan Oppo Find N2 Flip. Find N2 Flip adalah satu produk baharu untuk bersaing dengan Galaxy Z Flip 4 manakala Find N2 adalah kemas kini kepada Find N yang mereka lancarkan pada Inno Day 2021 tempoh hari.

Sewaktu mula-mula diperkenalkan dalam Inno Day 2021, Find N dilapor menggunakan Flexion Hinge yang terdiri daripada 136 komponen dengan kejituan pada para 0.01mm. Teknologi itu juga diwarisi tapi ditambah baik pada Find N2.



Menurut pengeluarnya, komponen engsel 37% dikurangkan dan beratnya juga dikurangkan kepada 36%. Ia sedikit sebanyak menyumbang kepada jisim yang lebih rendah Find N2 iaitu 233g berbanding 275g generasi sebelum ini. Katanya juga telefon ini lebih ringan berbanding sebuah iPhone 14 Pro Max 240g.

Satu lagi perkara menarik tentang engsel adalah sudut bukaannya boleh dipelbagaikan, tidak seperti sesetengah telefon boleh lipat yang hanya boleh dibuka ataupun ditutup. Engsel Find N2 boleh terbuka pada mana-mana sudut antara 45 darjah dengan 125 darjah, berguna anda nak layan kandungan multimedia tanpa penyangga telefon.



Paparan luar Oppo Find N2, walaupun hampir sama besar telah ditambah baik. Bingkainya kini lebih nipis dan kini menyokong kadar segar semula 120Hz serta kecerahan boleh naik kepada 1,350nits jika perlu. Resolusi paparan luarnya adalah 1792 x 1080 dengan saiz 5.53” (17.7:9).

Apabila terbuka, telefon ini mendedakan paparan 7.1” yang dimilikinya. Seperti generasi lepas, nisbah paparan sangat menghampiri segi empat sama iaitu 9.6:9. Ia memiliki resolusi 2120 x 1080, kadar segar semula 120Hz. Menggunakan engsel baharu, mereka katanya mengurangkan kesan lipatan sebanyak 60%, satu pencapaian yang baik daripada mereka.

Oppo menyediakan sebanyak 3 buah kamera belakang untuk pelbagai situasi mengambil gambar. Kamera utama telefon ini mengguna pakai sensor 50MP dengan lensa berbukaan apertur F1.8. Kemudian, mengguna juga terima kamera ultralebar 48MP F2.2 untuk situasi mengambil gambar berkumpulan ataupun pemandangan dan yang terakhir adalah telefoto 2x zum optikal untuk mencapai subjek yang jauh menerusi sensor 32MP F2.0.

Kamera selfie ada dua dan kedua-duanya menggunakan sensor 32MP, satu di bahagian luar lipatan dan satu di bahagian dalam.

Atas papan utama, Oppo Find N2 diperkasa cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 yang bergandingan dengan beberapa kombinasi RAM dan storan seperti 12+256 ataupun 16+512. Sejurus keluar kotak, ia menjalankan sistem oeprasi ColorOS 13 berasaskan Android 13.

Bagi memungkinkan bateri 4,520mAh telefon ini direalisasikan, kombinasi dua keping sel bateri yang berlainan digunakan. Sistem bateri Oppo Find N2 menyokong mengecasan pantas SuperVOOC 67W yang katanya boleh mengisi penuh bateri daripada sifar kepada 100% dalam masa cuma 42.5 minit.

Lain-lain ciri menarik yang perlu anda tahu adalah seperti pengimbas cap jarinya terletak di bahagian sisi kiri telefon sewaktu terlipat. Malangnya tiada sebarang ciri kekalisan debu dan air diumumkan pada Oppo Find N2 lantas menjadikan siri Galaxy Fold tetap win dalam kategori ini. Terdapat juga sokongan Oppo Pen untuk input yang lebih halus seperti mengambil nota bagi memanfaatkan skrin yang besar di bahagian dalamnya. Oppo Pen adalah aksesori yang dijual berasingan pada harga CNY599.

Lagi tentang harga, setakat ini maklumat yang kita ada cumalah Find N2 hanya boleh didapatkan ddi pasaran China pada harga CNY7,999 (RM5,067) ataupun CNY8,999 (RM5,700). Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: androidfoldableoppooppo find noppo find n2oppo inno day 2022telefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Oppo Find N2 kini dengan engsel lebih tegap dan lebih ringan daripada iPhone

Oppo Find N2 kini dengan engsel lebih tegap dan lebih ringan daripada iPhone

16 December 2022
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN