• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Satu telefon Vivo dengan Snapdragon 8 Gen 2 dikhabar masuk pasaran global pada hujung Januari 2023

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:49 am
  • 19/12/2022
  • Komen
Satu telefon Vivo dengan Snapdragon 8 Gen 2 dikhabar masuk pasaran global pada hujung Januari 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Berdasarkan satu maklumat yang terbocor di arena web, Vivo dilaporkan akan mengadakan satu majlis pelancaran global pada 31 Januari 2023 bagi melancarkan siri telefon flagship X90 mereka. Buat pengetahuan anda, siri Vivo X90 sudah dilancarkan di China hujung November 2022.

Siri Vivo X90 yang dilancarkan di China mengandungi tiga ahli semuanya. Varian paling berkuasa adalah Vivo X90 Pro+. Telefon berkelas flagship ini diperkasa Snapdragon 8 Gen 2. Kemudian, dua lagi varian adalah X90 Pro dan X90 mereka diperkasa cip Mediatek Dimensity 9200.



Pada generasi terdahulu, Vivo lancarkan dua varian sahaja iaitu X80 Pro dan X80. Makanya X90 Pro+ bolehlah dianggap sekufu dengan X80 Pro. Sebagai perbandingan, X80 Pro yang masuki Malaysia dalam bulan Mei 2022 lalu dijual di sini pada harga RM4,999.

Komponen kamera X90 Pro+ nyata lebih baik daripada yang sebelumnya. Anda beroleh kamera utama 50.3MP iaitu sensor yang sama digunakan pada Xiaomi 12S Ultra. Kemudian anda juga ada kamera telefoto 3.5x optikal 64MP, kamera telefoto optikal 2x 50MP, kamera ultralebar 48MP, beserta kamera selfie 32MP.



Lain-lain komponen seperti bateri, teknologi pengecasan pantas, dan skrin nampaknya dikekalkan berbanding sebelumnya.

Sumber: TechnoAnkit1

Tags: androidtelefonvivovivo x90vivo x90 provivo x90 pro plus
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Satu telefon Vivo dengan Snapdragon 8 Gen 2 dikhabar masuk pasaran global pada hujung Januari 2023

Satu telefon Vivo dengan Snapdragon 8 Gen 2 dikhabar masuk pasaran global pada hujung Januari 2023

19 December 2022
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN