• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Penaja

Benarkah 5G boleh jadikan hidup lebih gembira?

  • OLEH Penaja
  • 10:47 am
  • 20/12/2022
  • Komen
Benarkah 5G boleh jadikan hidup lebih gembira?
Share on FacebookShare on Twitter

[Artikel ini dibawakan oleh Unifi Mobile]

Hidup di zaman komunikasi dan digital masa kini menjadikan sambungan internet bukan lagi kehendak tetapi satu keperluan. Penat kerja seharian boleh hilang dengan beberapa perkara mudah yang berkaitan internet.

Adakah salah satu daripada perkara ini menjadikan hidup anda lebih gembira?

1. Main game tak ada lengah

Salah satu cara untuk menghilangkan penat seharian adalah bermain game atau permainan video. Ada banyak pilihan sekarang, seperti bermain konsol di rumah atau menggunakan komputer.

Tetapi cara paling mudah dan disukai ramai sekarang adalah bermain di telefon pintar. Ada banyak pilihan game yang menyeronokkan ada di telefon pintar sekarang, tetapi kebanyakannya memerlukan sambungan internet untuk bermain. Jika internet perlahan atau bermasalah, ini boleh menyebabkan permainan terganggu sekaligus menjejaskan pengalaman permainan.

2. Tonton kandungan video 4K atau 8K di skrin besar

Menonton filem atau drama bersiri dengan tenang di skrin besar juga menjadi salah satu pilihan ramai. Ia lebih mengasyikkan jika ditonton dengan teknologi bunyi tercanggih seperti Dolby Atmos, serta resolusi tinggi Ultra HD 4K, malah lebih menarik jika ada kandungan 8K.

Perkara yang paling membingungkan semasa menonton semestinya ‘buffering’ atau penimbalan yang lama. Tengah asyik dengan aksi kejar-mengejar kereta, kalau terhenti dengan bulatan berpusing-pusing muncul, pasti lebih tertekan. Sambungan internet yang bukan sahaja pantas, tetapi stabil, adalah perkara paling penting supaya tidak mengganggu jiwa dan raga.

3. Tinggalkan rumah tanpa risau, ada tukang jaga

Kelengkapan digital di rumah atau lebih popular digelar ‘Internet of Things’ (IoT) memudahkan hidup kerana banyak perkara boleh dipantau dari jarak jauh. Kalaulah semua lampu dan kipas di rumah merupakan peralatan pintar, anda boleh mematikan atau menghidupkannya daripada telefon pintar. Walaupun berada jauh ratusan KM dari rumah.

Lebih penting lagi adalah rakaman video litar tertutup atau CCTV. Ia sudah menjadi alat yang sangat mampu dimiliki untuk bantu memantau rumah ketika anda tiada, seperti keluar bekerja atau bercuti di luar negara.

Dengan adanya sambungan internet di rumah dan di telefon pintar, anda boleh menyemak CCTV atau apa sahaja peralatan IoT dari jauh. Lagi senang kalau pelan mudah alih anda tiada had kuota.


Anda pasti lebih gembira dalam semua situasi di atas, jika melanggan pelan 5G. 5G menyediakan sambungan internet mudah alih yang bukan sahaja pantas, tetapi rendah pendam dan kurang masa lengah.

Lebih baik lagi, 5G di Malaysia sekarang percuma dan anda boleh guna 5G tanpa had sampai hujung tahun. Tak percaya? Anda boleh dapatkannya di Unifi Mobile menerusi pelan prabayar dan pascabayar. Langgan pek permulaan prabayar Unifi Mobile dan tebus data 5G tanpa had secara percuma dalam masa 72 jam selepas pembelian Pas Tambahan Bulanan pada harga RM35.

5G kini terdapat di pelan prabayar dan pascabayar Unifi Mobile serendah RM35 dan ditawarkan tanpa had kuota sehingga 31 Disember 2022. Pelan pascabayar Ultimate daripada Unifi Mobile pula, anda dapat menikmati data 5G, panggilan dan mesej tanpa had pada harga RM59 sebulan untuk pelanggan Unifi Home dan RM79 sebulan bagi pelanggan baru. Dengan langganan pelan pascabayar ini, anda tidak akan terikat dengan sebarang kontrak.

Sekaranglah masa nak uji semua yang dikatakan atas tadi, sama ada betul 5G berguna atau tidak. Unifi menyokong aspirasi Digital Malaysia, menghubungkan semua rakyat ke internet. Layari laman web unifi.com.my/5G untuk maklumat lanjut dan melanggan pelan 5G.

Tags: penajaTMUnifiUnifi mobile
Penaja

Penaja

POPULAR

Benarkah 5G boleh jadikan hidup lebih gembira?

Benarkah 5G boleh jadikan hidup lebih gembira?

20 December 2022
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN