• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus 11 akan kembali dengan kamera Hasselblad dan butang luncur fizikal

  • OLEH Najib
  • 5:56 pm
  • 20/12/2022
  • Komen
OnePlus 11 akan kembali dengan kamera Hasselblad dan butang luncur fizikal
Share on FacebookShare on Twitter

OnePlus hari ini telah mengumumkan tarikh pelancaran untuk telefon pintar flagship mereka yang akan datang. Namanya turut dimaklumkan iaitu OnePlus 11 5G dan majlis pelancaran itu dipersembahkan sebagai “Cloud 11”.

Bagaimanapun, ia bukannya dalam masa terdekat. Pelancaran OnePlus 11 akan diadakan pada hari Selasa, 7 Februari 2022 dan dinyatakan akan dibuat di New Delhi, India. Dalam pengumuman yang sama, OnePlus berkongsi dua perkara penting yang akan muncul kembali di OnePlus 11.



Pertama, kerjasama pakar kamera Hasselblad akan dibawa semula untuk OnePlus 11. Kedua, OnePlus akan mengembalikan butang luncur fizikal. Kedua-dua perkara ini sebenarnya masih ada di telefon pintar OnePlus 10 Pro tetapi telah dibuang daripada OnePlus 10T yang dilancarkan kemudian.

Khabar angin dan maklumat tidak rasmi

Sementara itu, maklumat tidak rasmi tentang OnePlus 11 telah tersebar di alam maya. Antaranya, ujian penanda aras telefon pintar OnePlus 11 telah ditemui di laman Geekbench yang menggunakan nombor model PHB110.



Dalam laporan ujian itu, ia menunjukkan OnePlus 11 menggunakan cip 8-teras (gandingan 1+3+4 teras) dengan kelajuan tertinggi 3.19GHz. Ia juga dibekalkan GPU Adreno 740. Maklumat ini menunjukkan bahawa ini adalah cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2. Selain itu, ia juga menyatakan RAM 16GB terdapat di telefon tersebut. Turut tertera, sistem operasi Android 13.

Manakala di laman pensijilan 3C, telefon yang menggunakan model nombor PHB110 didaftarkan oleh Oppo dengan kuasa mengecas sehingga 100W. Kuasa ini dipecahkan dalam kiraan 5-11V dan 9.1A.

Rupa penuh OnePlus 11 juga dikatakan telah terbocor. Kelihatan modul kamera belakangnya berbentuk bulatan, dicop besar logo Hasselblad di tengah dan memuatkan tiga kamera belakang serta LED Flash. Terdapat dua warna untuk OnePlus 11 iaitu hitam dan hijau. Tetapi mungkin akan ada warna lain diperkenalkan kelak.

Selain itu, khabar angin mengatakan bahawa OnePlus 11 akan dilengkapi paparan AMOLED 6.7-inci dengan resolusi Quad HD+, kamera hadapan 16MP, kamera belakang gabungan lensa 50MP+48MP+32MP, serta bateri 5,000mAh.

OnePlus juga baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan menawarkan empat generasi kemaskini OxygenOS dan lima tahun kemaskini keselamatan, untuk peranti OnePlus terpilih. Jaminan ini dimaklumkan akan bermula pada tahun 2023. Pasti atau tidak, mereka patut memulakannya dengan OnePlus 11.

Berapa tepatkah maklumat ini? OnePlus pasti akan berkongsi sedikit demi sedikit menjelang pelancarannya dua bulan dari sekarang. Terus dapatkan laporan dari kami mengenai pelancaran OnePlus 11.

Bacaan Berkaitan

  • Telefon OnePlus terpilih akan tahan lebih lama dengan jaminan kemaskini sehingga 5 tahun
  • OnePlus 10T dilancar dengan prestasi tertinggi dan pengecasan terpantas di dunia
  • Harga rasmi OnePlus 10T diumum, hanya varian tertinggi dijual di Malaysia
  • OnePlus 10 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: HasselbladOnePlusOnePlus 11
Najib

Najib

POPULAR

OnePlus 11 akan kembali dengan kamera Hasselblad dan butang luncur fizikal

OnePlus 11 akan kembali dengan kamera Hasselblad dan butang luncur fizikal

20 December 2022
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN