• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Raspberry Pi 5 tidak akan dilancar dalam masa terdekat, paling awal 2024

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:00 am
  • 21/12/2022
  • Komen
Raspberry Pi 5 tidak akan dilancar dalam masa terdekat, paling awal 2024
Share on FacebookShare on Twitter

CEO kepada Raspberry Pi Ltd., Epen Upton baru-baru ini telah ditemu ramah tentang perkembangan terkini produk Raspberry Pi. Ada satu berita tak seronok hasil daripada sesi tersebut iaitu tiada perancangan daripada pihak mereka untuk melancarkan sekuel kepada Raspberry Pi 4 dalam masa terdekat.

Antara sebab yang dikongsikan adalah kekangan bekalan bahan mentah seperti silikon yang mereka hadapi pada Raspbery Pi 4 menyebabkan mereka lebih berhati-hati dalam membangunkan produk baharu supaya tidak masalah untuk memenuhi permintaan kelak. Tambahan pula, produk sedia ada masih lagi laku keras di dalam pasaran dan pelancaran produk baharu hanya akan menjejaskan penjualan sedia ada.



Raspberry Pi 4 kini hadir dalam perisa RAM 8GB

Kalau ada produk baharu pun, mereka mensasarkan untuk lancarkannya seawal suku ke-3 2024. Ia lantas menjadikan senggang masa antara Raspberry Pi 4 dengan sekuelnya adalah yang paling panjang setakat ini. Hal ini kerana, daripada Raspberry Pi generasi pertama yang dilancarkan dalam tahun 2012, secara tradisinya akan ada satu produk baharu setiap tahun.



RS Components hantar Raspberry Pi 4 Starter Kit

Buat anda yang samar-samar tentang Raspbery Pi, ia adalah komputer papan tunggal antara termurah boleh anda dapatkan dalam pasaran. Ia sering digunakan dalam projek akhir tahun pelajar-pelajar jurusan berkaitan komputer untuk belajar aturcara.

Penawaran terkini mereka adalah Raspberry Pi 4 yang boleh didapatkan pada harga serendah RM179 (RAM 1GB) ataupun RM369 untuk varian RAM 8GB.

Tags: raspberry pi 4raspberry pi 5
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Raspberry Pi 5 tidak akan dilancar dalam masa terdekat, paling awal 2024

Raspberry Pi 5 tidak akan dilancar dalam masa terdekat, paling awal 2024

21 December 2022
Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

13 October 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER