• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi

5 pembersih udara bawah RM1000 berfungsi tapis bau dan habuk pada ruang yang luas

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:25 pm
  • 22/12/2022
  • Komen
5 pembersih udara bawah RM1000 berfungsi tapis bau dan habuk pada ruang yang luas
Share on FacebookShare on Twitter

Ada banyak jenama pembersih udara tersedia dipasaran. Antara kebaikan memilikinya ialah, ia boleh menapis habuk, asap, bau masakan dan banyak lagi. Jika anda sedang cari pembersih udara yang berpatutan, berikut saya kongsikan 5 pembersih udara bawah RM1000 yang berbaloi untuk didapatkan. Semua model ini berupaya bersihkan udara dalam keluasan dari 48m² sehingga 60m². Anda boleh letakkannya di ruang tamu, dapur atau bilik tidur utama.

Tonton video 5 pembersih udara bawah RM1000 di bawah ini:



1. Xiaomi Smart AirPurifier 4 Pro

Xiaomi Smart AirPurifier 4 Pro boleh didapatkan pada harga serendah RM849. Keluasan kawasan perlindungan yang berkesan ialah sehingga 60m² iaitu kira-kira 645 kps. Pembersih udara ini dilengkapi penapis tiga dalam satu iaitu penapis utama, penapis Kecekapan Tinggi Xiaomi dan penapis karbon teraktif berkualiti tinggi. Xiaomi Smart AirPurifier 4 Pro boleh dikawal jarak jauh dengan aplikasi Mi Home/Xiaomi Home.

Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.



Sumber

2.  Philips 800i Series Compact Air Purifier 

Philips 800i Series Compact Air Purifier berharga RM799. Ia sesuai untuk bilik berkeluasan 49m². Model ini boleh selesai bersihkan udara dalam masa kurang 16 minit. Ia juga dikatakan mampu singkirkan 99% virus & bahan pencemar. Philips 800i miliki 3 penapis iaitu HEPA, Active Carbon, Pre-filter. Paling seronok, model ini sangat ringan, iaitu 2.4kg sahaja. Philips 800i Series Compact Air Purifier boleh dikawal menerusi aplikasi Philips Air+.

Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.

Sumber

3. PerySmith Smart Air Purifier Ai13

Boleh bersihkan kawasan seluas 50m², PerySmith Smart Air Purifier Ai13 dijual dengan harga RM699. Melaluinya, udara akan ditapis dengan penapis Pre-Filter, True H13 HEPA Filter Activated Carbon dan Antibacterial Layer. Ia boleh tapis 99.97% bahan cemar bawaan udara seperti virus, jerebu, habuk mikro, tembakau dan bau. Bunyi paling perlahan dihasilkan pembersih udara ini ialah 25dB. PerySmith Smart Air Purifier Ai13 perlu dikawal menggunakan aplikasi PerySmith. 

Anda boleh dapatkannya di Lazada atau Shopee.

Sumber

4. Xiaomi Smart Air Purifier 4

Xiaomi Smart Air Purifier 4 merupakan model yang hampir serupa dengan Xiaomi Smart AirPurifier 4 Pro. Tapi, harganya lebih murah iaitu RM699 dan ia boleh bersihkan udara dalam ruang sehingga 48m². Xiaomi Smart Air Purifier 4 ada penapis tiga dalam satu dan ia mampu singkirkan 99.97% zarah. Berbanding model pro, hingar yang dihasilkan model ini untuk mod malam ialah 32.1dB, jika model pro bunyinya ialah 33.7dB.

Anda boleh dapatkannya di Lazada atau Shopee.

Sumber

5. Levoit Core 300S Smart WiFi Air Purifier 

Dengan harga serendah RM579, anda boleh dapatkan pembersih udara Levoit Core 300S yang berkesan membersihkan dalam ruang 50 ㎡. Tahap hingarnya adalah dari 22-50 dB. Ini juga merupakan salah satu model yang ringan, 2.7 kg sahaja. Levoit Core 300S mempunyai 3 lapisan penapis iaitu Pre Filter, H13 True HEPA dan High-Efficiency Activated Carbon Filter yang bantu meneutralkan bau asap. Levoit Core 300S boleh dikawal menggunakan aplikasi VeSync.

Anda boleh dapatkannya di Lazada.

Sumber
Tags: pembersih udara
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

5 pembersih udara bawah RM1000 berfungsi tapis bau dan habuk pada ruang yang luas

5 pembersih udara bawah RM1000 berfungsi tapis bau dan habuk pada ruang yang luas

22 December 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER