• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor X9a 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 8:03 pm
  • 04/01/2023
  • Komen
Honor X9a 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Honor hari ini menjadi jenama pertama melancarkan telefon pintar baru di Malaysia. Mereka memperkenal Honor X9a 5G, sebagai telefon pintar dengan tema skrin OLED melengkung ultra kukuh dan sangat tahan lasak.

Sebelum dilancarkan hari ini, Honor telah berkongsi pelbagai video menunjukkan ketahanan skrin Honor X9a. Antaranya menghentak tembikai, dilenyek kereta Proton X50, serta memecahkan kulit keras ketam dan kacang walnut seperti di bawah:



Harga dan promosi Honor X9a

Hanya ada satu varian Honor X9a dijual di Malaysia, dengan harga seperti berikut:

  • Honor X9a (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1499

Terdapat tiga pilihan warna disediakan iaitu hitam, hijau dan perak. Orang ramai boleh mendapatkan telefon dengan skrin tahan lasak ini mulai 6 Januari 2022 di pengedar sah Honor Malaysia, serta atas talian di HiHonor Malaysia, Lazada dan Shopee.



Sempena menyambut ketibaannya, Honor Malaysia menawarkan promosi menarik untuk pembeli terawal. Sementara stok masih ada, pembeli akan menerima hadiah percuma berupa fon telinga Honor Choice Earbuds X3 dan satu kali penggantian keretakan skrin, bernilai RM418.

Spesifikasi Honor X9a

Honor X9a adalah telefon pintar kelas pertengahan yang menggunakan cip Snapdragon 695 5G 6nm, bersama RAM 8GB dan storan dalaman 256GB. Ia juga ada keupayaan RAM maya sehingga 5GB, menjadikan jumlah RAM boleh digunakan sebanyak 13GB. Tiada slot kad mikroSD untuk meluaskan storan.

Terdapat tiga kamera di belakang Honor X9a. Ia adalah kamera utama 64MP F1.8, kamera ultra lebar 5MP F2.2 dan kamera makro 2MP F2.4. Kamera hadapannya pula 16MP F2.45, terletak di dalam lubang kecil di dahi skrin.

Untuk tenaga, ia dipasang dengan bateri berkapasiti 5,100mAh dan menyokong pengecasan pantas Honor SuperCharge 40W melalui USB-C. Paling penting, pengecas 40W turut diberikan. Speaker hanya mono dan tiada jek audio padanya. Pengimbas capjari ada di dalam skrin.

Honor X9a menjalankan sistem operasi Magic UI 6.1 berasaskan Android 12. Semua aplikasi dan perkhidmatan Google boleh digunakan di dalam telefon ini. Ia turut menyokong dwi-sim 5G, WiFi 802.11ac, serta Bluetooth 5.1.

Bacaan Berkaitan

  • Honor X9a ada skrin sangat tahan lasak & ultra kukuh, akan tiba di Malaysia tahun hadapan
  • Honor X9a 5G mahu pecahkan tradisi kuno siri X dan huruf ‘a’
  • Honor X9 5G, Honor X8 & Honor X7: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: honorHonor X9a
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Honor X9a 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

Honor X9a 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

4 January 2023
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER