• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Powerbank Cooler Master ini lain daripada lain, sesuai untuk digital nomad

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:30 pm
  • 09/01/2023
  • Komen
Powerbank Cooler Master ini lain daripada lain, sesuai untuk digital nomad
Share on FacebookShare on Twitter

Sewaktu CES 2023, Cooler Master ada berkongsikan pelbagai produk baharu yang mereka lancarkan. Salah satu yang sangat berguna adalah sebuah powerbank. Cooler Master Dual Mode PD 65W adalah pek kuasa yang sangat cocok untuk golongan nomad digital.

Pada sudut pengecasan, powerbank ini dilengkapi dua output, satu port USB-C dan satu lagi USB-A. Port USB-C pengecas ini menyokong teknologi pengecasan Power Delivery (PD) 3.0 dan juga Quick Charge (QC) 3.0) sehingga 65W. Port USB-A pula menyokong sehingga 20W.



Makanya, apabila kedua-dua port digunakan, output paling tinggi untuk USB-C adalah pada paras 45W, ia adalah paras kuasa yang cukup untuk mengecas ultrabook seperti Macbook Air dan Surface Laptop ataupun mengecas iPad pada kelajuan penuh.

Perkara yang menarik tentang powerbank ini adalah cara ia dicas. Pemilik perlu menyambungkan unit terus ke soket kuasa berbanding menggunakan kabel USB yang biasanya digunakan powerbank lain. Lebih menarik, ada beberapa jenis pin penyambung disediakan mengikut negara tempat yang anda gunakan.



Makanya, powerbank ini sesuai sekali untuk yang kerap mengembara ke luar negara. Kapasiti yang terkandung di dalamnya adalah 15,000mAh. Untuk kegunaan kasual, ia cukup untuk menampung seharian.

Satu perkara yang saya berharap sangat ada adalah kemampuan powerbank ini mengecas laptop dalam pada masa yang sama ia juga sedang dicas. Dengan cara ini, anda tak perlu lagi bawa kabel kuasa laptop anda, lantas menjadikan Cooler Master Dual Mode PD 65W sebagai produk 2-dalam-1.

Maklumat yang dikongsikan Cooler Master tentang produk ini amat sedikit. Salah satu daripadanya adalah bilakah ia akan mula dijual dan berapakah harganya. Tapi, jangkakan harga yang agak “keras” kerana powerbank konvensional PD 65W yang boleh anda temukan di Shopee pun sudah berharga lebih RM200, inikan pula powerbank dengan fungsi menarik daripada jenama bereputasi.

Tags: cooler masterpowerbank
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Powerbank Cooler Master ini lain daripada lain, sesuai untuk digital nomad

Powerbank Cooler Master ini lain daripada lain, sesuai untuk digital nomad

9 January 2023
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN