• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Vivo X90 akan datang ke Malaysia dalam versi Dimensity sahaja?

  • OLEH Najib
  • 2:08 pm
  • 09/01/2023
  • Komen
Siri Vivo X90 akan datang ke Malaysia dalam versi Dimensity sahaja?
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia hari ini telah memuat naik status yang menyatakan tentang pelancaran telefon pintar flagship mereka tidak lama lagi. Ia adalah siri Vivo X90, membawakan tema ‘Pro Photography’ untuk menggantikan tempat siri Vivo X80.

Sama seperti sebelum ini, siri Vivo X90 akan membawakan kerjasama pakar lensa Zeiss ke dalam kamera di telefon pintar Vivo. Di China, terdapat tiga model diperkenal di bawah siri ini. Tetapi ia mungkin berbeza dengan model yang akan dilancar di Malaysia kelak.



Siri Vivo X90 di Malaysia
Vivo X90 Pro+ di China

Dari gambar yang dikongsi di media sosial Vivo Malaysia, model yang ditunjukkan adalah Vivo X90 Pro di China, bukannya Vivo X90 Pro+. Ini dapat dilihat dari label kamera belakang yang tertulis ‘Zeiss Vario Tessar 1.6-2.0/16-50 ASPH‘. Sedangkan Vivo X90 Pro+ di China memiliki label ‘Zeiss Vario Tessar 1.6-3.5/14-90 ASPH‘.

Jika serupa dengan China, bermakna Vivo X90 Pro yang bakal dilancar di Malaysia akan menggunakan cip MediaTek Dimensity 9200 4nm, bukannya Snapdragon 8 Gen 2 yang digunakan di Vivo X90 Pro+. Ia dipadankan bersama RAM LPDDR5X untuk varian 512GB, dan LPDDR5 jika storan lebih kecil. Jenis storan pula UFS 4.0 untuk semua varian.



Skrinnya berukuran 6.78-inci jenis AMOLED, dengan resolusi HD Penuh+ (2800×1260) dan kadar penyegaran setinggi 120Hz. Vivo X90 Pro+ lebih baik sedikit kerana ada resolusi lebih tinggi 3200×1440. Pengimbas capjari ada di dalam skrin. Lubang kecil di dahi skrin memuatkan kamera hadapan 32mP F2.45.

Untuk kamera belakang, Vivo X90 Pro dilengkapi kamera utama 50MP F1.75 dengan sensor Sony IMX989 sebesar 1-inci dan dilapisi kaca Zeiss bersama penstabil imej optikal (OIS). Gandingannya adalah kamera ultra lebar 12MP F2.0 dengan sensor Sony IMX663 serta kamera potret 50MP F1.6 menggunakan sensor Sony IMX758 yang turut berfungsi sebagai lensa telefoto 2x zum optikal.

Kelebihan Vivo X90 Pro adalah bateri lebih besar, berkapasiti 4,870mAh dan menyokong pengecasan pantas 120W USB-C. Ia juga boleh dicas secara wayarles dengan kuasa sehingga 50W.

Selain itu, Vivo X90 Pro juga kalis air IP68, memiliki speaker stereo serta menyokong WiFi 6, Bluetooth v5.3 dan NFC.

Di China, harga siri Vivo X90 adalah seperti berikut:

  • Vivo X90 Pro (RAM 8GB + Storan 256GB) – CNY 4,999 (~RM3,224)
  • Vivo X90 Pro (RAM 12GB + Storan 512GB) – CNY 5,999 (~RM3,868)
  • Vivo X90 (RAM 8GB + Storan 128GB) – CNY 3,699 (~RM2,385)
  • Vivo X90 (RAM 12GB + Storan 512GB) – CNY 4,999 (~RM3,224)

Untuk perbandingan, siri Vivo X80 dilancar di Malaysia tahun lepas pada harga RM3,499 untuk Vivo X80 (12+256GB) dan RM4,999 bagi Vivo X80 Pro (12+256GB).

[Sumber: Vivo]

Tags: vivovivo x90zeiss
Najib

Najib

POPULAR

Siri Vivo X90 akan datang ke Malaysia dalam versi Dimensity sahaja?

Siri Vivo X90 akan datang ke Malaysia dalam versi Dimensity sahaja?

9 January 2023
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN