• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Muhammad Azmi dilantik pengerusi sementara kedua SKMM dalam tempoh kurang setahun

  • OLEH Najib
  • 11:19 am
  • 09/01/2023
  • Komen
Muhammad Azmi dilantik pengerusi sementara kedua SKMM dalam tempoh kurang setahun
Share on FacebookShare on Twitter

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), telah mengumumkan pelantikan Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din sebagai Pengerusi Interim (sementara) pada Jun tahun lepas. Beliau menggantikan tempat Datuk Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek yang telah tamat kontrak 2 tahun pada 9 Jun 2022 dan tidak diperbaharui.

Baru-baru ini, Mohamad Salim telah meletak jawatan beliau sebagai Pengerusi Interim dan SKMM telah mengumumkan lantikan baru untuk mengisi kekosongan tersebut. Bagaimanapun, nama baru yang diperkenal iaitu Datuk Muhammad Azmi Bin Mohd Zain masih memegang jawatan sebagai Pengerusi Interim.



Menurut SKMM, lantikan Muhammad Azmi berkuatkuasa pada 5 Januari 2023 dan mengambil alih tempat Mohamad Salim yang meletak jawatan pada 20 Disember 2022. Pengerusi interim baharu ini disifatkan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang telah berkhidmat dalam sektor awam selama 26 tahun, di pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan.

Muhammad Azmi dilahirkan di Kelantan dan menamatkan pengajian di Universiti Malaya pada tahun 1995 dengan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian. Dia memulakan kerjaya profesionalnya dalam perkhidmatan awam sebagai PTD pada 1996 sebagai Penolong Pengarah di Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).



Beliau juga telah berkhidmat di pelbagai agensi kerajaan termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Wilayah Persekutuan dan sebagai Presiden Perbadanan Putrajaya. Kini beliau adalah Ketua Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Di SKMM, beliau telah dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya selama 2 tahun, sejak 1 April 2022.

SKMM menyatakan keyakinan dengan pengalaman luas dan reputasi Muhammad Azmi dalam perkhidmatan awam, akan membantu melonjakkan SKMM dalam membangunkan sektor telekomunikasi dan multimedia. Sebagai ketua interim pengawal selia yang baharu, Muhammad Azmi akan menyelia isu dan perkembangan telekomunikasi semasa seperti pembangunan 5G Malaysia melalui rangkaian borong tunggal yang kini disemak semula, kebolehcapaian dan kualiti perkhidmatan talian tetap dan mudah alih, serta penipuan dalam talian.

[Sumber: SKMM]

Bacaan Berkaitan

  • Mohamad Salim dilantik pengerusi sementara SKMM, ganti Fadhlullah yang cukup tempoh perkhidmatan
  • Fahmi mahu DNB jangan umum liputan 5G sebelum disahkan SKMM
  • Fahmi Fadzil mahu SKMM dan KKD kaji mekanisma terbaik atasi iklan scam di media sosial
  • Barah scam dalam talian parah, YB Fahmi Fadzil arah SKMM bekerja lebih tangkas dan tegas
  • Turun lagi harga internet, Fahmi Fadzil minta SKMM dan telco berbincang
Tags: SKMM
Najib

Najib

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Muhammad Azmi dilantik pengerusi sementara kedua SKMM dalam tempoh kurang setahun

Muhammad Azmi dilantik pengerusi sementara kedua SKMM dalam tempoh kurang setahun

9 January 2023
Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER