• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

VIVE XR Elite: Apa beza gogel VR ini dengan PICO 4 yang sedia dijual di Malaysia?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:05 am
  • 09/01/2023
  • Komen
VIVE XR Elite: Apa beza gogel VR ini dengan PICO 4 yang sedia dijual di Malaysia?
Share on FacebookShare on Twitter

VIVE XR Elite adalah gogel VR yang baru saja diperkenalkan HTC di majlis CES 2023 tempoh hari. Ini adalah produk gogel VR pertama daripada HTC dalam kategori gogel kendiri. Kendiri merujuk kepada gogel boleh digunakan tanpa ditambat pada komputer.

Ramai yang membandingkannya dengan Meta Quest Pro yang diumumkan dalam bulan Oktober 2022 lalu, tapi disebabkan ia tidak dijual pun dalam pasaran Malaysia, calon perbandingan terhampir yang kita ada adalah PICO 4.



Bermula dengan unit gogel, ia memiliki jisim 625g. Sebagai perbandingan PICO 4 adalah hampir 7% lebih ringan (586g). Perbezaan ini berkemungkinan besar disumbang kehadiran pek bateri yang lebih besari di bahagian belakang gogel, akan diceritakan kemudian.

PICO 4 seberat 586g secara keseluruhan
VIVE XR Elite seberat 625g secara keseluruhan

Untuk setiap mata, VIVE XR Elite menyediakan sepasang panel paparan yang mempunyai resolusi 1920 x 1920 pada kadar segar semula setinggi 90Hz.



VIVE XR Elite memaparkan imej 1920 x 1920 kepada setiap mata

Angka ini lebih rendah berbanding PICO 4 yang menyediakan 2160 x 2160 untuk setiap mata tapi pada kadar segar semula yang sama iaitu 90Hz.

PCO 4 memaparkan imej 2160 x 2160 kepada setiap mata

Saya pernah mencuba PICO 4, dan saya rasakan resolusi itu masih belum cukup FHD untuk mata pada jarak tontonan sedekat itu. Jadi untuk VIVE XR Elite, anda boleh jangkakan kualiti imej setara HD 720p sahaja.

Di bahagian pengkomputeran, VIVE XR Elite mengguna pakai SoC Snapdragon XR2 yang bergandingan bersama-sama RAM 12GB dan storan 128GB. Ada dua port USB-C hadir di unit ini, satu untuk pek battery tambahan dan satu lagi untuk aksesori. Sambungan tampa wayar berlangsung sama ada melalui Bluetooth 5.2 dan Wi-Fi 6E.

Kedua-dua gogel menggunakan SoC Snapdragon XR2

PICO 4 ada sedikti kekurangan di sini. Walaupun ia gunakan SoC yang sama, kapasiti RAM yang dimiliknya cuma 8GB. Namun, daripada pengalaman bermain, ia masih boleh mendukung kandungan-kandungan yang berada di dalam ekosistemnya. Sekiranya inginkan aksesori yang lebih kalis masa, XR Elite ada kelebihan.

PICO 4 ada tawarkan pilihan storan sehingga 256GB dan daripada segi ketersambungan, ia menyokong Bluetooth 5.1 dan Wi-Fi 5.

Kedua-dua gogel boleh ditambat pada PC untuk pengalaman VR lebih baik

Kedua-dua gogel boleh ditambat pada PC untuk pengalaman VR yang lebih baik sekiranya anda ada sistem yang lebih berkuasa.

Seperti biasa, unit gogel ini disertakan sekali dengan sepasang pad kawalan yang dijejak menggunakan kaedah inside-out yang bermaksud tiada kamera tambahan selain yang berada di gogel diperlukan untuk menjejak kedudukan pad kawalan.

Beza antara inside-out tracking dengan ouside-in tracking (Sumber)

Bagusnya dengan pad kawalan untuk versi VIVE adalah baterinya adalah jenis terbina dan dicas melalui port USB-C. Sedangkan pada PICO 4, ia menggunakan dua bateri bersaiz AA untuk setiap pad kawalan.

Pad kawalan VIVE XR Elite
Pad kawalan PICO 4

Butang-butang asas hadir dan ia turut dilengkapi akselerometer dan juga giroskop.

VIVE XR Elite menggunakan bateri 26.6Wh dengan sistem pengecasan 30W. Menariknya, bateri tambahan disediakan di bahagian belakang unit gogel yang membekalkan tenaga kepada bateri yang terkandung dalam gogel.

Di PICO 4, fungsi ini tiada dan solusi yang sedia ada buat masa ini adalah solusi pihak ketiga. Di lama spesifikasi, PICO 4 diiklankan sebagai memiliki kapasiti bateri 5,300mAh dengan sistem pengecasan 20W.

Tempahan untuk memiliki gogel VIVE XR Elite sudahpun dibuka dan harganya dalam pasaran US adalah USD1,099 (RM4,807).

Harganya jauh lebih tinggi berbanding PICO 4 yang ditawarkan pada harga bermula RM1,599.

Pada saya perbezaan spesifikasi antara kedua-dua gogel ini tidaklah sejauh beza harga mereka. Apa pendapat anda tentang gogel-gogel ini? Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi untuk setiap produk.

  • HTC Vive Elite XR
  • PICO 4
Tags: gogel vrgogel xrHTChtc vivehtc VIVE XR ElitePico 4VIVE XR Elitevrxr
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

VIVE XR Elite: Apa beza gogel VR ini dengan PICO 4 yang sedia dijual di Malaysia?

VIVE XR Elite: Apa beza gogel VR ini dengan PICO 4 yang sedia dijual di Malaysia?

9 January 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER