• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

E-wallet Truemoney Malaysia dilancar, mahu permudah hantar wang rentas negara

  • OLEH Najib
  • 7:07 pm
  • 12/01/2023
  • Komen
E-wallet Truemoney Malaysia dilancar, mahu permudah hantar wang rentas negara
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia telah memiliki begitu banyak platform dompet elektronik (eWallet), jadi mengapa anda harus berfikir untuk menggunakan ewallet yang baru dilancarkan? Hal ini bukan masalah besar untuk TrueMoney, platform kewangan teknologi (fintek) yang berasal dari Thailand. Hari ini mereka mengumumkan ketibaan di Malaysia, negara ke-7 bertapaknya operasi mereka selepas Thailand, Kemboja, Myanmar, Vietnam, Indonesia dan Filipina.

TrueMoney dimiliki oleh Ascend Money Co Ltd (Ascend Money), syarikat kerjasama antara The Charoen Pokphand Group (CP Group) dan Ant Financial (Alibaba). CP Group turut memiliki Lotus’s, rangkaian hypermarket yang mengambilalih tempat Tesco Malaysia.



Disebabkan itu, tidak mengejutkan apabila TrueMoney dilancarkan di Lotus’s Kepong hari ini. Mereka juga mengumumkan menjadi penyedia pembayaran rasmi untuk semua rangkaian Lotus’s Malaysia. Buat masa ini, TrueMoney boleh digunakan bagi tujuan pembayaran di Lotus’s, selain kerjasama dengan beberapa rakan niaga yang lain.

Pengarah Urusan Perniagaan Antarabangsa Ascend Money, Dale Kim berkata, “Ini adalah permulaan kerana kami mempunyai pelan jangka masa panjang untuk pengukuhan TrueMoney di Malaysia. Aplikasi ini kelak akan boleh digunakan bagi penghantaran wang rentas negara serta kemudahan pinjaman mikro seperti yang kami laksanakan di Thailand. Buat ketika ini, objektif kami adalah mengukuhkan kehadiran TrueMoney di pasaran Malaysia sebelum mula memperkenalkan pelbagai fungsi lain.”



Selain pembayaran di kedai, eWallet TrueMoney Malaysia boleh digunakan untuk membayar pelbagai bil, serta membeli kredit prabayar dan permainan. Pengguna TrueMoney juga menerima manfaat segera sebaik sahaja diaktifkan, selain daripada menikmati pulangan tunai dan mata ganjaran Lotus’s bersama dengan ganjaran TrueQuest sebanyak RM10.

Kelebihan eWallet TrueMoney

Apa yang menjadikan TrueMoney berbeza daripada ewallet lain adalah rangkaiannya merentasi 7 negara dan perkhidmatan kewangan yang bakal diperkenalkan di Malaysia, seperti di negara lain. TrueMoney mengatakan, mereka memiliki rangkaian ejen terbesar dengan lebih daripada 88,000 ejen yang membantu membuat penghantaran wang di peringkat domestik dan antarabangsa dan juga sebagai e-dompet yang menawarkan satu rangkaian luas bagi solusi kewangan baharu seperti pembayaran tanpa tunai, kiriman wang antarabangsa dan pinjaman mikro.

Sementara itu, Pengarah Urusan Negara True Money Malaysia Sdn Bhd, Jessie Chong, pula berkata TrueMoney menawarkan pembayaran dan kemudahan kepada semua pengguna, dengan saiz dompet sehingga RM10,000 dan jaminan tertinggi untuk kaedah pembayaran yang selamat dan terkawal.

Beliau berkata, pihaknya menyasarkan untuk menggunakan pengalaman di peringkat antarabangsa untuk mewujudkan satu pendekatan yang holistik dan dinamik bagi mencipta satu ekosistem pembayaran serantau. TrueMoney juga ingin memberi manfaat kepada individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) termasuk pembayaran merentas sempadan yang sedang dalam perancangan.

Jika anda berminat untuk mencuba atau menggunakan TrueMoney, ia boleh dimuat turun di Apple Appstore dan Google Playstore. Untuk maklumat lanjut layari laman web www.truemoney.com.my

Tags: eWalletLotus'sTrueMoney
Najib

Najib

POPULAR

E-wallet Truemoney Malaysia dilancar, mahu permudah hantar wang rentas negara

E-wallet Truemoney Malaysia dilancar, mahu permudah hantar wang rentas negara

12 January 2023
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

12 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN