• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Peranti Apple bermasalah? Ini cara semak jika layak untuk dibaiki percuma

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:50 pm
  • 12/01/2023
  • Komen
Peranti Apple bermasalah? Ini cara semak jika layak untuk dibaiki percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah tak anda lalui situasi, peranti Apple anda bermasalah dan sudah tamat tempoh jaminan, tapi anda tertanya-tanya jika ia masih lagi boleh dibaiki dengan percuma? Sejak beberapa tahun lalu, Apple telah umumkan banyak program penarikan balik atau penggantian semula peranti mereka. Sebahagian daripadanya menerima perlindungan sehingga 5 tahun selepas jualan dan ada juga yang tidak mempunyai tempoh tamat langsung.

Untuk pengetahuan anda, Apple ada sediakan satu halaman yang menyenaraikan semua perantinya beserta isu yang layak untuk dibaiki atau diganti percuma. Tapi, bagaimana untuk semak jika peranti anda layak?



Sebilangan program Apple ada sertakan nombor siri untuk anda ketahui segera jika peranti anda dilindungi, manakala yang lain memerlukan anda hadir ke Apple Store atau hubungi AppleCare.

Di bawah ini merupakan senarai peranti dan masalah yang boleh anda dapatkan perhatian Apple. Kenal pasti isu peranti anda dan klik pada pautan yang disertakan untuk periksa jika Apple ada tawarkan penyemak bersiri (serial checker) atau anda perlu hubungi Apple untuk tindakan seterusnya.



  1. Apple Watch Series 6 – Masalah skrin hitam
  2. iPhone 12 dan 12 Pro – Masalah tiada bunyi
  3. iPhone 11 – Masalah sentuh
  4. AirPods Pro – Masalah bunyi
  5. iPad Air 3rd gen – Masalah skrin kosong
  6. Smart Battery Case – Masalah mengecas
  7. iPhone 6s dan 6s Plus – Masalah tiada kuasa
  8. 15-inch MacBook Pro – Bateri Terlalu Panas/Risiko Kebakaran
  9. MacBook lineup – Masalah papan kekunci
  10. 13-inch MacBook Pro – Masalah paparan backlight
  11. Apple Three-Prong AC Wall Plug Adapter – Risiko kejutan elektrik
  12. iPhone X – Masalah sentuhan
  13. iPhone 7 – Isu tiada perkhidmatan
  14. iPhone 6 Plus – Masalah berbilang sentuhan (Multi-touch) dan paparan berkelip
  15. Palam dinding AC Eropah Apple – Risiko kejutan elektrik
  16. Beats Pill XL – Terlalu panas dan risiko kebakaran
  17. Penyesuai Kuasa USB Eropah Apple 5W – Risiko terlampau panas
  18. Penyesuai Kuasa USB Ultracompact Apple – Risiko Kejutan Elektrik

Jika anda tidak layak dan jaminan sudah tamat, anda boleh semak sekiranya anda ada perlindungan lanjutan dari pihak ketiga semasa anda beli peranti itu dulu. Contohnya jaminan dari Senheng PlusOne atau Machines Protection Plan.

[Sumber: 9TO5Mac]

Tags: apple
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Peranti Apple bermasalah? Ini cara semak jika layak untuk dibaiki percuma

Peranti Apple bermasalah? Ini cara semak jika layak untuk dibaiki percuma

12 January 2023
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN