• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bill Gates naik taraf telefon peribadinya daripada Samsung Z Fold 3 ke Z Fold 4

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:12 pm
  • 13/01/2023
  • Komen
Bill Gates naik taraf telefon peribadinya daripada Samsung Z Fold 3 ke Z Fold 4
Share on FacebookShare on Twitter

Bill Gates di Reddit telah menganjurkan satu sesi “Ask Me Anything” edisi 2023 dan ada pelbagai soalan telah dilemparkan oleh pengguna kepadanya. Salah satu daripadanya tentang telefon apakah yang sedang beliau gunakan. Kalau anda terlepas berita, dalam AMA tahun 2022, beliau mengatakan yang Galaxy Z Fold 3 adalah telefon hariannya.

Kali ini, dia sudahpun bertukar kepada Galaxy Z Fold 4 yang lebih baharu. Menurutnya, ia adalah pemberian presiden Samsung sendiri, JY Lee, yang diterima sewaktu lawatannya ke Korea Selatan. Memang Billl Gates ada lakukan lawatan ke Korea Selatan dalam tahun 2022, dalam bulan Ogos. Ketika itu, dia mewakili Bill & Melinda Gates Foundation, lawatannya berkisarkan tentang perbincangan untuk menambah baik tandas.



Mungkin dia beroleh cenderamata Galaxy Z Fold 4 daripada pertemuan itu. Tidaklah mengejutkan kenapa Bill Gates menggunakan Z Fold 4 ataupun sebarang telefon boleh lipat bukan daripada hasilan Microsoft. Surface Duo 2 yang dilancarkan dulu, masih belum mampu menyaingi produk sedia ada.

Mana taknya, paparannya masih dua paparan berbeza dan bukannya daripada jenis boleh lentur. Lebih malang, apabila dalam keadaan terlibat, ia langsung tidak boleh digunakan akibat ketiadaan paparan sekunder.



Mungkin pengganti kepada Surface Duo 2 akan jadi peranti yang boleh tarik Bill Gates untuk berpindah? Kami pernah laporkan yang Microsoft telah melupuskan rekaan Surface Duo 2 untuk membangunkan peranti boleh lipat sebenar, cumanya kita tidak tahu garis masa khusus tentang peranti boleh lipat hasilan Microsoft ini.

Apa yang boleh kita buat sekarang adalah tunggu dan lihat.

Tags: Bill Gatessamsungsamsung galaxy z fold 4
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Bill Gates naik taraf telefon peribadinya daripada Samsung Z Fold 3 ke Z Fold 4

Bill Gates naik taraf telefon peribadinya daripada Samsung Z Fold 3 ke Z Fold 4

13 January 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN