• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Klon iPhone 14 Pro ini cuma berharga RM579 sahaja, ada dynamic island dan sokong 5G

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:10 am
  • 13/01/2023
  • Komen
Klon iPhone 14 Pro ini cuma berharga RM579 sahaja, ada dynamic island dan sokong 5G
Share on FacebookShare on Twitter

Hanya untuk pasaran China, di sana ada sebuah telefon dengan nama model LeTV S1 Pro yang ada rekaan sangat mirip iPhone 14 Pro. Klon Apple ini dijual pada harga CNY899 (RM579) sahaja. Ia menjalankan Android, malahan menyokong rangkaian 5G!

Spesifikasi LeTV S1 Pro

LeTV S1 Pro adalah sebuah telefon berpaparan 6.5” beresolusi 720p dengan kadar segar semula 60Hz. Perkara menarik tentang paparan ini adalah ia ada dynamic island dan berdasarkan gambar yang dikongsikan, dynamic island padanya berfungsi.



Anda boleh lihat perkara seperti mendengar muzik dan perbualan telefon menjadikan “pulau” itu berubah saiz. Namun disebabakan ia menggunakan panel LCD, tidak pasti sama ada hitam pada LCD boleh menyamai hitam bahagian berlubang paparan.

Atas papan utama, telefon ini diperkasa SoC Unisoc Tiger T7510 dengan RAM 8GB dan storan 128GB.



Di bahagian belakang, komponen kamera juga disusun seakan sebuah iPhone. Malangnya, ia hanya ada satu kamera belakang iaitu 13MP. Dua lagi kamera mungkin sekadar hiasan sahaja kerana tiada maklumat tentang spesifikasi kamera selain kamera utama tadi.

Di depan, selfie boleh ditangkap menggunakan kamera 5MP.

LeTV S1 Pro memiliki tangki bateri seluas 5,000mAh dengan sistem pengecasan 10W. Telefon ini menjalankan sistem operasi yang ada Huawei Mobile Services. Tidaklah mengejutkan kerana ia cuma ditawarkan di China setakat ini.

Tags: androidiphoneletv s1 protelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Klon iPhone 14 Pro ini cuma berharga RM579 sahaja, ada dynamic island dan sokong 5G

Klon iPhone 14 Pro ini cuma berharga RM579 sahaja, ada dynamic island dan sokong 5G

13 January 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN