• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo A78 5G dilancar, SoC turun taraf dan harga RM100 lebih rendah berbanding generasi terdahulu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:53 pm
  • 13/01/2023
  • Komen
Oppo A78 5G dilancar, SoC turun taraf dan harga RM100 lebih rendah berbanding generasi terdahulu
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo telah melancarkan sebuah telefon 5G baharu dalam siri Oppo A. Oppo A78 5G adalah sekuel kepada Oppo A77 5G yang telah mereka lancarkan dalam bulan Jun 2022 lalu.

Harga jualan Oppo A78 5G di Malaysia

Oppo A78 5G boleh didapati dalam pasaran Malaysia pada harga RM1,099. Harganya RM100 lebih rendah berbanding harga pelancaran A77 5G dulu. Munasabah kerana spesifikasinya tidaklah nyata ditambah baik pun berbanding produk sedia ada.



Buat anda yang berminat untuk dapatkannya, anda boleh layari gedung rasmi dalam talian Oppo di Lazada dan Shopee. Antara promo yang berjalan adalah, pembelian awal akan menerima Oppo band bernilai RM159.

Spesifikasi Oppo A78 5G

Berbanding Oppo A77 5G yang dilancarkan dalam bulan Jun 2022 lalu, A78 5G dilihat tidak membawakan sebarang naik taraf, malahan turun taraf. Misalnya di bahagian papan utama, A78 5G menggunakan Dimensity 700 sedangkan generasi sebelumnya menggunakan Dimensity 810.



Bersama-sama dengan SoC itu, Oppo mengenakan RAM 8GB dan storan 128GB. Terdapat fungsi RAM Expansion yang menjadikan jumlah RAM yang dimilikinya boleh naik sehingga 16GB.

Masih mengekalkan kekecewaan daripada generasi lalu, pengeluarnya masih mengenakan skrin 6.56” 720p HD+ walaupun harganya melebih RM1,000 dan kini sudahpun masuki tahun 2023. Tapi, mujurlah kadar segar semula kekal pada 90Hz.

Di bahagian kamera, Oppo A78 5G memiliki dwikamera belakang. Kamera utamanya menggunakan sensor 50MP manakala kamera sekunder adalah untuk sensor hitam putih 2MP. Selfie diambil menggunakan kamera 8MP.

Membekalkan tenaga kepada telefon ini adalah tangki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W.

Lain-lain maklumat yang perlu anda tahu tentang telefon ini adalah seperti ia hadir dengan jek audio 3.5mm dan ia turut ada konfigurasi speaker stereo untuk pengalaman audio yang baik.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: androidoppoOppo A78
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Oppo A78 5G dilancar, SoC turun taraf dan harga RM100 lebih rendah berbanding generasi terdahulu

Oppo A78 5G dilancar, SoC turun taraf dan harga RM100 lebih rendah berbanding generasi terdahulu

13 January 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER