• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Cara semak kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) & status pembayaran

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:59 pm
  • 17/01/2023
  • Komen
Cara semak kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) & status pembayaran
Share on FacebookShare on Twitter

Bantuan untuk rakyat, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sudah mula disalurkan kepada individu yang layak bermula hari ini, 17 Januari 2023. Penerima STR fasa 1 merujuk kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 31 Disember 2022. Namun, jika anda tertanya-tanya sama ada anda layak atau pun tidak, berikut merupakan 5 cara untuk periksanya menurut LHDNM:

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM. Isi nombor MyKad pada bahagian MySTR di sebelah kiri, kemudian tekan Log Masuk. Di halaman seterusnya tekan butang Semak.
  1. Muat turun aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah di Play Store atau App Store. Mungkin aplikasi ini sedang dibangunkan sebab saya belum temuinya lagi.
  2. Hubungi LHDNM di 1-800-88-2747. Waktu operasi mereka adalah dari 9.00 pagi – 5.00 petang.
  3. Hubungi MOF di 03-8882 4565 / 4566. Waktu operasi adalah dari 9.00 pagi – 5.00 petang.
  4. Hadir ke LHDNM berhampiran.

Sekiranya anda layak menerima bantuan fasa 1 ini dan ingin semak status pembayaran, anda boleh ikut langkah di bawah:



  1. Melalui Portal Rasmi STR, klik Log Masuk
  2. Masukkan Nombor MyKad anda
  3. Lakukan pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Masukkan kata laluan (Kata Laluan ini adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022)
  5. Klik menu semakan pembayaran Fasa 1
  6. Seterusnya, butiran anda dan maklumat pembayaran akan dipaparkan

Jika akaun bank yang telah anda daftarkan semasa BKM 2022 berstatus tidak aktif, pembayaran Fasa 1 ini tetap akan dikreditkan ke dalam akaun bank berkenaan sekiranya status pengkreditan fasa terakhir BKM 2022 adalah berjaya kredit. Namun, anda boleh lakukan tuntutan tunai di kaunter BSN sekiranya status gagal kredit dipaparkan dalam semakan portal STR. Hadir juga bersama kad pengenalan asal bagi menuntut bayaran.

Bantuan STR ini melibatkan 8.7 juta penerima dengan peruntukan RM1.67 bilion. Berikut merupakan 3 kategori yang terlibat dan kadar bayaran yang akan diterima:



  1. Isi rumah – RM300
  2. Warga emas tiada pasangan – RM100
  3. Individu bujang – RM100

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ketahuinya menerusi laman FAQ STR di sini.

[Sumber: STR]

Tags: STRSumbangan Tunai Rahmah
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Cara semak kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) & status pembayaran

Cara semak kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) & status pembayaran

17 January 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN