• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Elak sesak, PLUS saran keluar sebelum 9 pagi pada Tahun Baharu Cina

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:34 pm
  • 17/01/2023
  • Komen
PLUS sediakan cadangan waktu perjalanan untuk Tahun Baru Cina, ikutinya untuk elak kesesakan
Share on FacebookShare on Twitter

Anda nak keluar berjalan dan guna lebuh raya pada cuti Tahun Baharu Cina ini? Jika ya, anda disarankan untuk ikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang disediakan PLUS ini bagi mengelak terperangkap di dalam kesesakan di lebuh raya. Dijangkakan sebanyak 2 juta kenderaan sehari bakal gunakan lebuh raya pada musim perayaan akan datang.

Untuk tarikh 19 Januari sehingga 22 Januari 2023, pengguna Lebuhraya Utara-Selatan dari Lembah Klang yang menghala ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor dinasihatkan mula memasuki lebuh raya sebelum jam 9:00 pagi. Untuk negeri lain pula, anda disarankan memasuki lebuh raya bermula jam 12 tengah hari sehingga 4 petang.



Untuk kembali ke Lembah Klang pada 22 Januari 2023 sehingga 29 Januari, anda disarankan untuk masuk ke lebuh raya sebelum jam 9 pagi. Langkah ini perlu dilakukan bagi mengelakkan anda bertembung dengan pengguna yang menghala ke destinasi lebih dekat. Tapi, kelancaran perjalanan trafik ini turut bergantung pada kejadian-kejadian luar jangkaan, contohnya kemalangan.

Di samping itu, untuk elak kesesakan juga, pengguna RFID dinasihatkan supaya memastikan baki e-Wallet cukup sebelum memulakan perjalanan. Pastikan anda masuk dan keluar dari plaza tol menggunakan mod pembayaran yang sama. Contohnya jika masuk menggunakan lorong RFID, anda mestilah keluar menggunakan lorong RFID juga.



Jika tidak menggunakan lebuh raya, anda boleh ikut 5 tips yang pernah saya sediakan ini untuk elak berhadapan dengan kesasakan jalan raya:

  1. Elak memandu pada waktu puncak
  2. Semak laluan alternatif di peta & guna GPS
  3. Ikuti perkembangan lalu lintas seperti peka dengan pertukaran lampu isyarat
  4. Guna motor atau pengangkutan awam
  5. Dengar radio untuk tahu status dan keadaan trafik. 

Walau bagaimanapun keadaan jalan raya nanti, ingat untuk sentiasa pandu dengan selamat. Pastikan anda jaga jarak kenderaan, jangan gunakan telefon semasa memandu dan kenal pasti titik buta untuk mengelakkan kemalangan.

[Sumber: Plus]

Bacaan berkaitan

  • TIPS: 5 perkara boleh anda buat elak kesesakan jalan raya
  • TIPS: Cara pandu dengan selamat dalam jalan yang sesak
  • TIPS: 6 cara memandu dengan tenang & selamat ketika hujan lebat
  • TIPS: Perlu memandu pada waktu malam? Ikut 5 amalan ini untuk kekal selamat
  • TIPS: Cara pakai tali pinggang keselamatan & memandu dengan selamat semasa hamil
Tags: plus
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

PLUS sediakan cadangan waktu perjalanan untuk Tahun Baru Cina, ikutinya untuk elak kesesakan

Elak sesak, PLUS saran keluar sebelum 9 pagi pada Tahun Baharu Cina

17 January 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER