• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Apple Watch ini panggil polis & ambulan kerana tersilap dengar, apa jadi sebenarnya?

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:43 pm
  • 19/01/2023
  • Komen
Apple Watch ini panggil polis & ambulan kerana tersilap dengar, apa jadi sebenarnya?
Share on FacebookShare on Twitter

Bayangkan, anda tidak pegang telefon dan tidak hubungi sesiapa sama sekali, tapi pihak polis dan ambulan tiba-tiba ada di depan rumah? Terkejut tak?

Kejadian seperti ini berlaku di Sydney Australia baru-baru ini. Seorang jurulatih tinju bernama Jamie Alleyne, berusia 34 tahun, terkejut selepas kira-kira 15 orang pegawai polis bersenjata hadir ke gimnya semasa dia sedang mengajar seorang pelajar.



Polis syak ada kejadian melibatkan pistol & bunuh diri

Pada mulanya, seorang pegawai polis masuk ke gim Jamie dan maklumkan ada menerima panggilan mengenai tembakan. Jamie kemudian terkejut lalu memberitahu polis itu yang dia tidak mendengar apa-apa. Kemudian, pegawai tersebut berjalan-jalan di dalam gimnya dan bertanya siapa lagi yang ada di situ? Jamie cuma jawab ada dua jurulatih lain.

Beberapa minit kemudian, kira-kira 15 pegawai polis termasuk penyamar (undercovers) muncul dengan beberapa ambulan parkir di hadapan gim. Polis memberitahu Jamie bahawa dia telah membuat panggilan telefon kecemasan, tapi hal ini mustahil sebab telefon tidak bersamanya.



Selepas seorang pegawai arahkan Jamie untuk semak nombor yang sudah didail, dia terkejut apabila dapati ada satu panggilan dibuat ke 112. Di Malaysia kita perlu hubungi 999 untuk dapatkan pertolongan kecemasan, tapi di Australia mereka perlu hubungi 112.

Rupa-rupanya Apple Watch Jamie telah aktifkan Siri berulang kali semasa dia bekerja. Jadi, Apple Watch itulah yang memanggil pihak kecemasan sebab kebetulan 1-1-2 itu juga merupakan arahan Jamie pada pelajarnya untuk lakukan senaman.

Lebih memburukkan keadaan, Jamie juga ada sebut good shot atau nice shot semasa Apple Watch berada dalam talian dengan perkhidmatan kecemasan. Perkara itulah yang menyebabkan responden pertama yang menerima panggilan percaya ada satu kecemasan melibatkan tembakan pistol dan mungkin kejadian bunuh diri berlaku di alamat gim. Jamie akhirnya meminta maaf pada polis disebabkan hal itu.

Emergency SOS ada di Malaysia juga

Apple Watch boleh bantu pengguna dapatkan bantuan kecemasan melalui fungsi Emergency SOS yang terbina di dalamnya. Ciri ini sudah ada di Malaysia sejak hujung tahun lepas. Dengan fungsi Emergency SOS, Apple Watch boleh bantu anda hubungi perkhidmatan kecemasan tempatan dan kongsi lokasi anda dengan mereka.

Selain tekan butang yang ada pada jam untuk dapatkan bantuan, anda juga boleh gunakan Siri. Tapi, jika anda tak nak peristiwa seperti Jamie ini berlaku, baik anda matikan fungsi Siri pada Apple Watch. Ikut langkah di bawah untuk matikannya:

  1. Buka tetapan di Apple Watch
  2. Tekan Siri
  3. Kemudian matikan Listen for “Hey Siri”

Tapi saya rasa di Malaysia mungkin tidak terjadi kejadian seperti ini sebab orang ramai tak ada sebab nak sebut 9-9-9, selain dari mengarahkan seseorang menghubungi panggilan kecemasan. Kalau angka 8 mungkin ia selalu disebut jurulatih kecergasan, contohnya 6-7-8, 8 lagi. Jadi, manfaatkanlah Apple Watch anda sebaiknya.

[Sumber: 9TO5Mac, news.com.au]

Bacaan berkaitan

  • Ciri pengesan kemalangan iPhone 14 telah susahkan pasukan penyelamat
  • Emergency SOS pada Apple Watch kini ada di Malaysia, ini cara aktifkannya
  • Doktor ini nasihatkan warga emas pakai Apple Watch, apa sebabnya?
Tags: appleapple watchSiri
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Apple Watch ini panggil polis & ambulan kerana tersilap dengar, apa jadi sebenarnya?

Apple Watch ini panggil polis & ambulan kerana tersilap dengar, apa jadi sebenarnya?

19 January 2023
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER