• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Doktor ini nasihatkan warga emas pakai Apple Watch, apa sebabnya?

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:06 pm
  • 27/10/2022
  • Komen
Doktor ini nasihatkan warga emas pakai Apple Watch, apa sebabnya?
Share on FacebookShare on Twitter

Banyak berita telah dikongsikan mengenai pengalaman orang ramai dibantu Apple Watch untuk dapatkan khidmat kecemasan semasa hadapi kemalangan. Kisah mereka ini ada kaitan dengan ciri yang ada di dalam Apple Watch itu sendiri, antaranya pengesan jatuh dan ciri degupan jantung. Jika anda pernah terfikir untuk dapatkan Apple Watch dan masih belum membelinya, maka anda perlu dapatkannya sekarang sebab ia juga merupakan nasihat seorang doktor.

Berkongsi pengalamannya sendiri, Dr. Ficho pada suatu hari memakai Apple Watch Siri 5 sambil mencuci batu bata di tepi rumahnya. Bagi membersihkan tempat yang lebih tinggi, dia memutuskan untuk pijak pada penutup tingkap. Tapi sebaik sahaja memijaknya, penutup tersebut tergelincir dan dia juga terjatuh lima kaki ke ruang bawah tanah lalu tidak sedarkan diri.



Setelah itu, ciri pengesanan jatuh di Apple Watch mula dapatkan perkhidmatan kecemasan bagi pihak Dr. Ficho. Dia mula sedar selepas tiga hingga lima minit terjatuh lalu dia panjat keluar dari ruang itu sendiri. Dia kemudian dapati ada seorang pegawai polis Glenview berdiri di halamannya. Pegawai itu tanya kepadanya sama ada dia sihat atau memerlukan paramedik. Dr Ficho jawab tidak, tetapi mempersoalkan bagaimana pegawai itu tahu ada bantuan diperlukan. Pegawai tersebut jawab dengan menunjukkan jam tangan Dr Ficho.

Doktor Ficho harap Apple Watch telah lama wujud

Dr. Ficho berkata, kebanyakan pesakit yang dirawatnya adalah golongan tua dan ramai dalam kalangan mereka berumur lebih dari 60 tahun. Oleh sebab pengalamannya itu, dia beritahu setiap seorang daripada mereka supaya dapatkan salah satu jam pintar ini.



Selain itu, Dr. Ficho juga ada ceritakan situasi di mana Apple Watch boleh bantu selamatkan nyawa salah seorang pesakitnya namun dia tidak memakai peranti itu. Dia teringat seorang pesakitnya terjatuh dalam bilik mandi, patah pinggul dan tidak boleh bangun. Paling sedih, mayatnya ditemui tiga hari kemudian. Dr. Ficho berkata, pesakit itu cuma perlukan jam tangan dan dia berharap teknologi sedemikian wujud pada masa itu.

Jika anda belum tahu, ciri ini sebenarnya telah bantu ramai pengguna. Contohnya, seorang penunggang motosikal terjatuh dari motor akibat menjadi mangsa langgar lari. Lalu Apple Watch miliknya mengesan dirinya jatuh kemudian dapatkan perkhidmatan kecemasan. Seterusnya, ada seorang pengguna pengsan secara tiba-tibda di tandas hospital lalu Apple Watch yang dipakainya itu menghantar amaran tentang situasi itu pada ayahnya yang juga ada di sana. Bukan itu sahaja, situasi hampir sama juga berlaku melibatkan pengguna wanita berusia 71 tahun di Florida. Apple Watch yang dipakainya itu beri amaran kepada anaknya selepas dia terjatuh teruk ketika bersendirian di rumah.

Ciri pengesanan jatuh pertama kalinya diperkenalkan pada Apple Watch Siri 4. Ia dapat mengesan jika anda terjatuh lalu akan tanya jika anda OK. Sekiranya anda tidak bertindak balas selama satu minit, perkhidmatan kecemasan akan dihubungi secara automatik dan lokasi semasa anda akan dikongsi.

[Sumber: 9TO5Mac, NBC Chicago]

[Sumber gambar: Pocket-lint]

Tags: appleapple watch
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Doktor ini nasihatkan warga emas pakai Apple Watch, apa sebabnya?

Doktor ini nasihatkan warga emas pakai Apple Watch, apa sebabnya?

27 October 2022
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN