• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lebih 100 juta isi rumah dikesan kongsi akaun Netflix, bayaran akan dikenakan tak lama lagi

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:21 pm
  • 20/01/2023
  • Komen
Netflix cari cara hentikan perkongsian akaun, mahu pengguna membayar lebih
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix, melalui satu utusan kepada pemegang saham mereka telah menegaskan yang objektif mereka yang utama adalah mengekalkan perolehan pada paras dua angka, memperluas margin keuntungan dan memastikan aliran tunai positif. Salah satu daripada langkah bagi memastikan matlamat itu tercapai adalah membanteras amalan perkongsian akaun.

Netflix kenakan bayaran untuk akaun amalkan perkongsian kata laluan



Menurut Netflix, mereka mengesan lebih 100 juta isi rumah menggunakan akaun yang dikongsikan bersama pengguna berbayar. Oleh sebab itu, sebelum suku pertama berakhir, mereka akan memperluas ciri berbayar untuk akaun yang dikongsikan di luar isi rumah.

Mereka tidak pula memberitahu pasaran manakah yang akan terlibat kecuali mengatakan yang ia akan diaktifkan secara meluas.



Ciri ini sudahpun diuji dalam tahun 2022 lalu dalam pasaran Amerika Latin. Di sana, akaun yang didapati dilog masuk di luar alamat isi rumah penunya akaun dikenakan bayaran sebanyak USD2.99. Untuk menguatkuasakan peraturan ini, Netflix mengenakan sekatan perkongsian akaun menerusi alamat IP, ID peranti, dan aktiviti akaun.

Berbalik kepada perolehan Netflix, gergasi penstriman itu melaporkan telah mengaut USD31.6 billion dan daripada jumlah itu, mereka untung bersih sebanyak USD5.6 billion.

Sumber: Netflix

Tags: Netflix
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Netflix cari cara hentikan perkongsian akaun, mahu pengguna membayar lebih

Lebih 100 juta isi rumah dikesan kongsi akaun Netflix, bayaran akan dikenakan tak lama lagi

20 January 2023
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

22 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN