• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Monitor gaming OLED pertama dunia kini boleh ditempah di Malaysia, harganya RM4,497

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:52 pm
  • 20/01/2023
  • Komen
Monitor gaming OLED pertama dunia kini boleh ditempah di Malaysia, harganya RM4,497
Share on FacebookShare on Twitter

LG Malaysia telah membuka sesi tempahan untuk memiliki LG UltraGear 27GR95QE. Ia adalah monitor gaming OLED pertama dunia yang mampu capai kadar segar semula 240Hz. Tanda harga yang dimilikinya adalah RM4,497 dan sekiranya berminat, anda boleh lakukan tempahan di laman Lazada, saluran ekslusif yang menawarkannya.

Sekiranya anda berminat untuk dapatkannya, tempahan awal dibuka sehingga 12 Februari 2023 ini dengan setiap pembelian awal akan menerima beg dan botol air eksklusif LG UltraGear. Buat yang lakukan tempahan awal, LG akan mula mengedarkan tempahan seawal 28 Februari 2023.



Spesifikasi LG UltraGear 27GR95QE

Selain menjadi monitor gaming OLED pertama dunia yang mampu capai angka 240Hz, lain-lain spesifikasi yang dimilikinya agak menarik. Ia ada kadar gerak balas serendah 0.03ms untuk keseluruhan panel beresolusi 2560 x 1440 yang dimilikinya. Panel tersebut mempunyai cakupan gamut warna DCI-P3 98.5% dan turut menyokong HDR10 yang bermakna kecerahan panel ini boleh mencapai sehingga 1,000 nits sekiranya perlu.

Selain itu, sebagai sebuah monitor gaming, paparan ini menyokong NVIDIA G-Sync disamping AMD FreeSync. Apalah gunanya paparan OLED kalau tak tonton movie. Anda menonton movie menggunakan panel yang ada tahap kontras hitam 1,500,000:1.



Ada beberapa port I/O disediakan untuk kemudahan anda. Anda boleh temui 2 port HDMI 2.1 dan satu DisplayPort 1.4 yang semuanya menyokon 240Hz. Dua lagi port yang berguna adalah jek audio 3.5mm beserta USB-A.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: gaminglgmonitor
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Monitor gaming OLED pertama dunia kini boleh ditempah di Malaysia, harganya RM4,497

Monitor gaming OLED pertama dunia kini boleh ditempah di Malaysia, harganya RM4,497

20 January 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN