Ada banyak situasi yang membuatkan keluarga atau kawan meminjam telefon kita. Contohnya, telefon mereka kehabisan bateri dan mereka perlu hubungi seseorang, atau mereka sengaja pinjam telefon kerana ingin selfie. Jika anda selalu alami situasi itu, pernah tak anda rasa risau sekiranya mereka buka galeri telefon dan akses gambar privasi anda? Contohnya gambar kelakar anda semasa kecil atau gambar anda bersosial bersama kawan-kawan.
Sekiranya pernah, anda tahu tak iPhone boleh bantu sembunyikan gambar-gambar tertentu anda dari dibuka orang lain? Malah melalui iOS 16, anda boleh tetapkan gambar tertentu hanya boleh dibuka dengan Face ID sahaja. Menarik kan? Berikut merupakan cara untuk lakukannya:
Cara sembunyikan gambar dalam iPhone
Cara untuk sembunyikan gambar di dalam iPhone adalah sangat mudah. Mula-mula, anda perlu buka APP Photos di dalam iPhone, kemudian ikut langkah di bawah:
- Pilih gambar yang anda ingin sembunyikan dari orang lain
- Tekan simbol 3 titik di bahagian bawah kanan skrin
- Akan ada satu menu keluar, pilih Hide
- Seterusnya sahkan tindakan anda untuk sembunyikan gambar itu dengan tekan Hide Photo
- Gambar tersebut akan disimpan dalam album Hidden dan ia tiada lagi pada bahagian Recents
Cara akses gambar yang disembunyikan
Jika anda ingin buka semula gambar yang disembunyikan tadi, anda perlu buka fail Hidden. Ikut langkah di bawah untuk aksesnya:
- Dalam APP Photos, pilih Albums pada menu di bawah skrin
- Pada halaman Albums, scroll ke bawah pada bahagian Utilities
- Anda kemudian akan jumpa fail Hidden di situ
- Tekan fail tersebut, masukkan kod laluan untuk akses semua gambar yang anda sembunyikan
- Anda kemudian boleh lihat semua gambar yang anda sembunyikan di situ
Cara lindungi gambar dalam fail Hidden dengan Face ID
Sekiranya kenalan anda tahu kod laluan iPhone anda, maka anda perlu ketatkan lapisan keselamatan fail Hidden dengan menetapkan pengesahan Face ID. Berikut ialah cara untuk menetapkannya:
- Buka tetapan, kemudian pilih APP Photos
- Pada skrin berikutnya, hidupkan Use Face ID
- Sekarang, album Hidden anda sudah ada lapisan perlindungan Face ID
Dengan perlindungan tambahan ini, sesiapa pun tidak boleh akses album Hidden tanpa pengetahuan anda. Jadi, anda tak perlu risau jika perlu pinjamkan iPhone kepada sesiapa, sebab gambar peribadi anda selamat diasingkan di dalam fail Hidden. Paling seronok, ciri ini juga akan lindungi gambar anda di dalam fail Recently Deleted.
[Sumber: Tomsguide]