• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

A.S , Belanda, dan Jepun berpakat untuk halang China bangunkan industri semikonduktor domestik

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:16 pm
  • 30/01/2023
  • Komen
A.S , Belanda, dan Jepun berpakat untuk halang China bangunkan industri semikonduktor domestik
Share on FacebookShare on Twitter

Amerika Syarikat, Belanda, dan Jepun kini berada dalam fasa akhir untuk mematerai kerjasama bagi menyekat akses negara China kepada mesin-mesin berkaitan industri semikonduktor. Ia bagi menghalang negara tembok besar itu memiliki kemudahan pengeluaran semikonduktor secara domestik, menurut laporan Bloomberg.

Ketiga-tiga pihak ini cuba untuk menggagalkan China beroleh mesin litografi ultraungu yang merupakan mesin utama dalam penghasilan wafer semikonduktor. Dua negara pengeluar utama mesin ini adalah Belanda dan juga jepun. Itu cumalah salah satu halangan yang bakal dikenakan menurut pihak Amerika Syarikat.



Contoh mesin litografi yang digunakan untuk mencetak transistor atas wafer silikon

Tindakan pentadbiran Biden ini tidaklah mendapat sokongan total daripada pihak pengeluar mesin kerana ia memberi peluang kepada pesiang mereka di negara lain mendapatkan pegangan pasaran di China. Di pihak China, mereka pernah memfailkan bantahan di World Trade Organisation (WTO) dalam bulan Disember 2022 lalu bagi membanteras halangan yang cuba dikenakan A.S terhadap mereka.

Perang dagang antara A.S dan China mula kami laporkan seawal 2018 lalu bermula dengan senarai hitam ke atas Huawei yang tidak dibenarkan untuk gunakan cip pemproses Qualcomm Snapdragon dan sistem operasi Android.



Kemudian, semakin banyak kelengkapan China diharamkan penggunaannya di negara Amerika Syarikat dan sekutunya seperti dron, media sosial, dan kelengkapan komunikasi.

Sumber: Bloomberg

Tags: amerika syarikatbelandaChinasemikonduktor
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

A.S , Belanda, dan Jepun berpakat untuk halang China bangunkan industri semikonduktor domestik

A.S , Belanda, dan Jepun berpakat untuk halang China bangunkan industri semikonduktor domestik

30 January 2023
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN