• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DNB mungkin guna Huawei, ZTE atau Nokia sebagai vendor 5G kedua

  • OLEH Najib
  • 9:41 am
  • 31/01/2023
  • Komen
DNB mungkin guna Huawei, ZTE atau Nokia sebagai vendor 5G kedua
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan Malaysia masih belum membuat keputusan tentang kajian semula projek 5G oleh Digital Nasional Berhad (DNB). Tetapi laporan terbaru daripada UOB-Kay Hian menyatakan DNB mungkin sedang mencari penyedia perkakas rangkaian kedua untuk membangunkan 5G di Malaysia.

Dengan melantik syarikat kedua selain Ericsson, ia membuka peluang untuk mengurangkan kos serta mempercepatkan pembangunan 5G ke seluruh Malaysia. Cara ini sering digunakan oleh syarikat telekomunikasi (telco), sebagai langkah mengurangkan risiko jika berlaku masalah di satu penyedia sahaja.



Laporan itu menyebut, DNB tidak terikat dengan Ericsson secara eksklusif, vendor yang dilantik pada Julai 2021 untuk membangunkan rangkaian 5G. Malah, ada bahagian di dalam kontrak untuk memperkenal penyedia rangkaian kedua untuk terlibat dalam pembangunan 5G. Ini membuka peluang kepada Huawei, ZTE dan Nokia.

UOB-Kay Hian berpendapat, dengan adanya penyedia perkakas 5G kedua, ia boleh mengurangkan kos dengan banyak, terutama sekali jika Huawei terlibat dan memberi diskaun besar, sekaligus mempercepat pembangunan 5G. Mereka juga percaya, DNB akan kekal sebagai penyedia rangkaian tunggal (SWN) 5G negara, memandangkan DNB telah berjaya mencapai 47% liputan 5G di kawasan populasi di Malaysia.



Buat masa ini, Ericsson merupakan satu-satunya penyedia perkakas 5G untuk DNB. Mereka menawarkan produk dan penyelesaian Sistem Radio Ericsson yang cekap tenaga, termasuk perisian Ericsson Spectrum Sharing untuk liputan 5G. Ericsson juga menyediakan perkhidmatan berkaitan SWN seperti cloud-native 5G Core, 5G Radio Access (RAN) serta Managed Services.

DNB dikhabarkan telah menyenarai pendek 8 syarikat termasuk Huawei, ZTE, Cisco, NEC, Samsung, Nokia dan FibreHome semasa tender dibuka pada April 2021. 3 bulan kemudian, Ericsson telah dipilih daripada 4 syarikat yang menghantar tender, untuk jangka masa 10 tahun.

Tags: 5g5g malaysiaDNB
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
DNB mungkin guna Huawei, ZTE atau Nokia sebagai vendor 5G kedua

DNB mungkin guna Huawei, ZTE atau Nokia sebagai vendor 5G kedua

31 January 2023
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN