• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Reno 8T, telefon kelas pertengahan dengan harga dijangka lebih RM2,000

  • OLEH Najib
  • 2:38 pm
  • 02/02/2023
  • Komen
Oppo Reno 8T, telefon kelas pertengahan dengan harga dijangka lebih RM2,000
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia kini sedang menpersiapkan diri mereka untuk melancarkan satu lagi telefon pintar kelas pertengahan, Oppo Reno 8T 5G. Jika nombor yang sama adalah ahli keluarga, bermakna Oppo Reno 8T merupakan saudara terdekat kepada Oppo Reno 8, Oppo Reno 8 Pro dan Oppo Reno 8Z yang telah dilancar di Malaysia tahun lepas.

Bagi menghangatkan lagi pelancaran Oppo Reno 8T, Oppo Malaysia telah melantik jaguh badminton negara, Lee Zii Jia sebagai Ketua Pegawai Motivasi. Oppo juga membuka peluang untuk orang ramai bertemu dengan Lee Zii Jia dalam peraduan Snap & Win.



Tarikh pelancaran Oppo Reno 8T di Malaysia masih belum didedahkan. Tetapi dari laman pendaftaran minat, ia menyatakan tempahan sekarang Oppo Reno 8T akan melayakkan pembeli menerima hadiah. Malah, 15 orang pertama beratur di setiap kedai yang disenaraikan di laman pendaftaran tersebut pada 11 Februari 2022 pukul 10 pagi, akan menerima hadiah percuma bernilai RM249.

Pendek kata, telefon ini mungkin akan dilancarkan di Malaysia pada hari Sabtu, 11 Februari 2022.



Spesifikasi Oppo Reno 8T

Di dalam keluarganya, Reno 8T kelihatan berada di atas Reno 8Z (RM1,799), tetapi bersaing rapat dengan Reno 8 (RM2,399). Dari sini, dijangkakan harga Reno 8T berkemungkinan melebihi RM2,000 kelak.

Oppo Malaysia belum bercerita tentang semua spesifikasi Reno 8T, tetapi ia telah berkongsi banyak perkara. Paling penting, ia ada kamera potret 108MP, pertama seumpamanya di telefon Oppo. Dari gambar, kelihatan ada 3 kamera belakang. Malah, ada label tertulis ‘40x microscope‘, mungkin ia adalah kamera telemakro seperti yang digunakan di Oppo Find X3 Pro dahulu.

Di hadapan pula, ia memiliki skrin AMOLED yang melengkung 3D di kedua belah sisi. Skrin ini juga ada kadar penyegaran 120Hz. Terdapat lubang kecil di dahi skrin yang pastinya memuatkan kamera hadapan.

Untuk tenaga, Oppo Reno 8T dibekalkan bateri berkapasiti 4,800mAh. Ia akan menyokong pengecasan pantas SUPERVOOC 67W.

Gambar bateri yang dikongsi oleh Oppo ini juga ada menunjukkan cip yang digunakan adalah Snapdragon (tiada nombor padanya), serta RAM 8+8GB. Menandakan RAM sebenar adalah 8GB dan menyokong RAM maya 8GB. Storan juga ada tertulis 256GB.

Dengan ciri-ciri lebih baik daripada Oppo Reno 8 seperti skrin AMOLED melengkung, kamera potret 108MP dan storan lebih besar 256GB, tidak mengejutkan jika harga Oppo Reno 8T ini akan lebih mahal daripada RM2,399. Mungkin ini adalah angka yang berbaloi untuk peminat Oppo.

Nantikan berita lanjut tentang Oppo Reno 8T daripada kami apabila ia dilancarkan kelak.

[Sumber: Oppo]

Tags: oppoOppo Reno 8T
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Reno 8T, telefon kelas pertengahan dengan harga dijangka lebih RM2,000

Oppo Reno 8T, telefon kelas pertengahan dengan harga dijangka lebih RM2,000

2 February 2023
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN