• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Vivo X90: Telefon Dimensity termahal Malaysia, diperkasa cip khas Vivo V2

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:53 pm
  • 03/02/2023
  • Komen
Siri Vivo X90: Telefon Dimensity termahal Malaysia, diperkasa cip khas Vivo V2
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia memulakan kalendar 2023 mereka dengan pelancaran dua telefon berkelas flagship. Berada dalam siri Vivo X90 ini adalah dua varian yang masuki pasaran Malaysia:

  • Vivo X90 Pro
  • Vivo X90

Untuk maklumat anda, di dalam pasaran China, ada satu lagi varian bernama Vivo X90 Pro+ tapi untuk pasaran luar China, hanya dua varian sahaja yang dibawa merentasi sempadan.



Harga jualan siri Vivo X90 di Malaysia

Anda yang berminat untuk dapatkan Vivo X90 Pro di Malaysia, harga jualannya adalah seperti berikut:

  • Vivo X90 Pro (12GB + 256GB) – RM4,999
  • Vivo X90 (12GB + 256GB) – RM3,699

Daripada segi harga, Vivo X90 Pro mengekalkan harga Vivo X80 Pro sewaktu dilancarkan. Cuma harga pengenalan Vivo X90 adalah RM200 lebih tinggi berbanding Vivo X80 tempoh hari.



Mereka boleh didapatkan melalui pengedar sah di seluruh negara ataupun secara dalam talian di rasmi, Lazada, ataupun Shopee. Buat pembeli awal, ada promosi yang janjikan anda hadiah percuma menanti.

Pembeli yang membeli mana-mana siri Vivo X90 di kedai fizikal pengedar sah akan menerima hadiah bernilai sehingga RM1,145 yang di dalamnya ada jaminan tambahan 1+1 tahun, perlindungan skrin 1 tahun, dan jaminan 1 tahun ke atas bateri. Satu lagi pemberian percuma adalah sebuah Vivo TWS Air untuk pembeli Vivo X90 manakala Joyoung Electric Baking Pan untuk pembeli Vivo X90 Pro.

Spesifikasi Vivo X90 Pro

Vivo X90 Pro adalah varian teratas dalam kalangan yang telah diumumkan ini. Ia adalah sebuah telefon dengan paparan sebesar 6.78”, menggunakan panel AMOLED pada resolusi FHD+ dengan kadar segar semula sehingga 120Hz.

Menariknya tentang panel ini adalah ia memiliki cakupan warna DCI-P3 100% yang membawa maksud penghasilan warnanya adalah antar ayang terbaik dalam pasaran.

Atas papan utama, Vivo menggunakan SoC Dimensity 9200. Ini adalah cip paling berkuasa MediaTek setakat ini. Ia berada dalam kategori 4nm, sama seperti Snapdragon 8 Gen 2 dan SoC pertama mengguna pakai GPU Immortalis-G715.

Bergandingan bersama-sama SoC tersebut, pengguna diberikan kombinasi RAM dan storan 12GB dan 256GB yang masing-masing daripada jenis LPDDR5X dan UFS 4.0. Teknologi Extended RAM 3.0 juga ada sekiranya RAM tersebut tidak mencukupi.

Di bahagian pengimejan, Vivo X90 Pro dilengkapi tiga buah kamera belakang dan sebuah kamera depan. Bermula daripada belakang, kamera utamanya diperkasa sensor 50MP 1” dengan bukaan apertur F1.75. Kamera telefoto juga turut menggunakan sensor 50MP tapi IMX758 berbanding IMX989 dan akhir sekali ia ada kamera ultralebar beresolusi 12MP.

Keperluan mengambil gambar selfie dilunas menggunakan kamera depan 32MP.

Untuk foto dan video, Vivo memaklumkan yang mereka memanfaatkan satu cip khas yang dipanggil cip Vivo V2. Katanya cip ini mengandungi algoritma bagi mencantikkan isyarat gambar daripada sensor-sensor kamera.

Membekalkan tenaga kepada Vivo X90 adalah sistem bateri berkapasiti 4,870mAh. Di dalam kotak, Vivo membekalkan kepala pegecas 120W yang mampu mengecas telefon sehingga penuh dalam masa 29 minit sahaja ataupun daripada sifar ke 50% dalam masa 8 min 10 saat.

Spesifikasi Vivo X90

Berada di bawah Vivo X90 Pro daripada segi harierki adalah versi bukan pro. Satu perbezaan besar yang anda takkan nampak adalah, Vivo X90 tiada kekalisan air seperti saudara besarnya yang ada cap IP68.

Daripada depan, telefon ini ada panel paparan 6.78” beresolusi FHD+ dengan kadar segar semula sehingga 120Hz, sama sahaja seperti varian pro. Kemudian, atas papan utama, ia dipacu SoC Dimensity 9200 bersama-sama kombinasi RAM dan storan 12GB dan 256GB. Sekali lagi, sama seperti varian pro.

Di bahagian pengimejan, ada sedikit perbezaan. Untuk kamera utama, ia tidak mengguna pakai sensor IMX989 1”, tapi masih mampu mengambil gambar pada resolusi 50MP menggunakan sensor lain. Kamera telefoto dan ultralebar pada Vivo X90 mengunakan sensor beresolusi yang sama iaitu 12MP. Tugasan mengambil gambar swafoto diambil alih oleh kamera depan 32MP.

Vivo X90 menyokong teknologi mengecas 120W yang sama seperti varian pro tapi kapasiti bateri sedikit kecil, sangat sedikit perbezan, pada 4810mAh berbanding 4870mAh.

Tags: androidtelefonvivovivo x90vivo x90 pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Siri Vivo X90: Telefon Dimensity termahal Malaysia, diperkasa cip khas Vivo V2

Siri Vivo X90: Telefon Dimensity termahal Malaysia, diperkasa cip khas Vivo V2

3 February 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER