• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony meneruskan legasi Walkman Signature dengan pelancaran NW-ZX707 & NW-A306 yang lebih mampu milik

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:51 pm
  • 03/02/2023
  • Komen
Sony meneruskan legasi Walkman Signature dengan pelancaran NW-ZX707 & NW-A306 yang lebih mampu milik
Share on FacebookShare on Twitter

Buat peminat Walkman di Malaysia, anda pasti akan teruja kerana Sony Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan dua produk terbaru bagi siri Walkman iaitu NW-ZX707 dan NW-A306. Walkman terbaru ini akan hadir dengan ciri-ciri yang telah dikemas kini dan akan mula dijual di Malaysia dalam sekitar Februari ini.

Dibelah kiri NW-ZX707, dan kanan NW-A603

Untuk mudah membezakan antara dua model ini, Walkman NW-ZX707 adalah model mercu mereka dan menawarkan ciri yang lebih mewah. Walau bagaimanapun, terdapat persamaan pada kedua-dua model iaitu dengan kedua-duanya dilengkapi keserasian WiFi, sambungan Bluetooth dan paparan warna TFT.



Amplifier S-Master HX

Lebih lanjut lagi, produk Sony Walkman mempunyai paras harga yang tinggi, jadi apa yang membuatkan ianya mahal? Ini kerana Walkman NW-ZX707 dan NW-A306 adalah peranti yang diperakui audio Hi-res. Ia dilengkapi teknologi amplifier digital S-Master HX yang bersesuaian dengan format DSD (Direct Stream Digital) untuk mengurangkan herotan bunyi pada julat frekuensi yang luas. Ditambah dengan DSEE Ultimate (Digital Sound Enhancement Engine), ia dapat meningkatkan kualti audio dengan menggunakan Edge-AI (Artificial Intelligence).

Ciri yang lebih pada NW-ZX707, ia mempunyai kapasitor FTCAP3 serta High polymer capacitor yang besar dan pejal untuk menawarkan kapasiti tinggi dengan rintangan rendah. Ditambah pula dengan gegelung sebesar 8mm untuk pengeluaran audio yang lebih seimbang dan bunyi yang lebih baik merentas semua frekuensi.



Kedua-dua model baharu ini didatangkan dengan ketahanan bateri yang lebih panjang berbanding dengan model sebelumya. NW-ZX707 mempunyai ketahanan bateri selama 25 jam, manakala NW-A306 mempunya ketahanan bateri selama 36 jam. Untuk pengecasan penuh, bateri lithium-ion yang terdapat pada model baru ini memerlukan masa 3.5 jam pengecasan.

Model NW-ZX707 dilengkapi dengan skrin bersaiz 5 inci serta port audio 3.5mm stereo dan 4.4mm balanced. Selain itu, ia juga tersedia dengan memori 64GB. Untuk model NW-A306 pula, ia didatangkan dengan skrin berzaiz 3.6 inci, dan mempunyai port 3.5mm stereo sahaja. Bagi storannya, ia dibekalkan dengan memori bersaiz 32GB. Berbeza dengan NW-ZX707, NW-A306 boleh didapatkan dalam tiga warna iaitu Hitam, Biru and Kelabu.

Bagi yang ingin membeli, anda boleh mendapatkan model terbaharu ini pada bulan Februari dengan model NW-ZX707 pada harga RM3,699 dan NW-A306 pada harga RM1,599.

Dari pandangan saya, saya amat suka Walkman siri baru ini kerana Sony memberikan pilihan kepada pengguna untuk memilih model yang premium atau model mampu milik, tanpa ketinggalan belakang spesifikasinya. Walaubagaimanapun, terdapat kepelbagaian pilihan sebagai pengguna untuk memilih peranti penstriman lagu yang terbaik dan sesuai dengan bajet masing-masing. Bagi saya, saya lebih gemar menggunakan telefon pintar sebagai peranti untuk penstriman lagu.

Tags: SonySony Walkman
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sony meneruskan legasi Walkman Signature dengan pelancaran NW-ZX707 & NW-A306 yang lebih mampu milik

Sony meneruskan legasi Walkman Signature dengan pelancaran NW-ZX707 & NW-A306 yang lebih mampu milik

3 February 2023
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN