• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna Yoodo bakal nikmati 5G sebelum Maxis?

  • OLEH Najib
  • 3:44 pm
  • 03/02/2023
  • Komen
Pengguna Yoodo bakal nikmati 5G sebelum Maxis?
Share on FacebookShare on Twitter

Sementara masa depan 5G masih kabur di Maxis, pengguna Yoodo boleh mula bersiap sedia dengan peranti 5G kerana ia mungkin boleh digunakan tidak lama lagi. Penyedia rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang menggunakan rangkaian Celcom ini, mungkin akan menjadi MVNO pertama menyediakan perkhidmatan 5G. Malah, lebih awal daripada pengguna Maxis yang masih menunggu kajian daripada kerajaan.

Perkara ini diumumkan oleh Yoodo menerusi media sosial mereka. Yoodo menyatakan, 5G kini dalam perjalanan dan mereka sedang berusaha untuk menyiapkannya supaya pengguna boleh menjadi lebih hebat dan pantas.



5G is OTW! We’re in the midst of rolling it out so you can do it better, faster.

Learn more at https://t.co/OPoADvGijm #yoodoyou #5G #5GLive #yoodo pic.twitter.com/PTD50LtnRe

— Yoodo (@yoodoMY) February 2, 2023

Bagaimanapun, Yoodo masih belum memaklumkan bila tarikh tepat perkhidmatan 5G akan tersedia. Tetapi laman web 5G Yoodo telah aktif dan ia ada menyebut, pengguna boleh menyertai percubaan percuma perkhidmatan 5G.

Jika serupa dengan pelan telco lain, pastinya hanya pelan berkelajuan tinggi ditawarkan perkhidmatan 5G, bukan pelan tanpa had. Tetapi Yoodo sememangnya terkenal dengan kuota pelan paling berbaloi dilanggan, iaitu RM20 untuk 20GB.



Sebelum dapat menggunakan 5G, pengguna juga perlu bersedia iaitu memiliki peranti 5G yang serasi. Selepas itu, perlu ada pelan yang menyokong 5G dan akhir sekali berada di dalam liputan 5G yang disediakan Digital Nasional Berhad (DNB).

Dalam cerita lain, selepas Celcom dan Digi bergabung, salah satu langkah yang perlu diambil untuk mengelak monopoli, adalah melupuskan kepentingan mereka sepenuhnya di dalam Yoodo dalam masa 18 bulan. Jika masih tiada pembeli Yoodo sehingga pertengahan tahun 2024, maka Yoodo perlu menutup syarikat dalam masa 3 bulan. Jika Yoodo bergerak sendiri selepas ini, mereka perlu membuat perjanjian akses berasingan untuk menggunakan perkhidmatan 5G.

MVNO lain juga ada ura-ura sedang menguji 5G. XOX misalnya, telah memulakan progam Ujian Mesra 5G dengan pengguna terpilih tetapi laman T&C tersebut telah dipadamkan. Program ujian tersebut terbuka kepada pengguna terpilih dan tersedia untuk pelanggan degnan SIM fizikal atau eSIM.

[Sumber: Yoodo]

Tags: 5g5g malaysiayoodo
Najib

Najib

POPULAR

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

1 Disember 2022
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Pengguna Yoodo bakal nikmati 5G sebelum Maxis?

Pengguna Yoodo bakal nikmati 5G sebelum Maxis?

3 Februari 2023
5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

22 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER