• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SKMM dan UPM buat tinjauan pendapat umum tentang kesan 5G kepada kesihatan dan keselamatan

  • OLEH Najib
  • 11:04 am
  • 06/02/2023
  • Komen
Kelewatan pembinaan 5G di Amerika akan melambatkan sokongan 5G di iPhone
Share on FacebookShare on Twitter

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memaklumkan bahawa Universiti Putra Malaysia (UPM) sedang mengadakan tinjauan tentang pandangan orang ramai berkenaan Pancaran Medan Elektromagnet (EMF) yang terhasil daripada 5G. Tinjauan ini diadakan menerusi Geran Penyelidikan Masyarakat Digital (DSRG) SKMM.

Borang kajian ini mengambil masa kira-kira 10 minit untuk dijawab dan ia bertanyakan berkenaan persepsi dan fahaman orang ramai tentang EMF daripada infrastruktur Komunikasi Radio 5G dan Peralatan Premis Pengguna (CPE). Ia termasuk kesihatan, keselamatan, serta impak kepada nilai pasaran hartanah jika menara 5G dibina berhampiran kawasan pengguna.



Kajian ini juga cuba untuk menilai persepsi pengguna tentang penggunaan pelindung khas dan aksesori untuk mengurangkan pendedahan. Ia turut bertanya tentang keyakinan pengguna terhadap polisi awam dan peraturan untuk melindungi masayarakat daripada pendedahan EMF. Kajian ini turut bertanya jika pengguna percaya vaksin ada mengandungi mikrocip 5G dan radiasi EMF 5G boleh meningkatkan penyebaran COVID-19.

Kaji selidik ini terbuka kepada orang ramai dan anda boleh menyertainya di sini.



Frekuensi radio dan gelombang mikro di bawah medan EMF tidak ter-ion

Beberapa tahun kebelakangan ini, SKMM telah beberapa kali memberi jaminan bahawa tiada yang perlu dirisaukan tentang 5G ekoran spekulasi ramai pihak di media sosial. Kajian telah menunjukkan bahawa pendedahan kepada frekuensi radio EMF (RF-EMF) adalah dalam julat yang dibenarkan di bawah peraturan International Commission on Non-Ionising Radiation Protection (ICNIRP).

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah merumuskan bahawa semua bukti masakini tidak mengesahkan sebarang kesan kesihatan berkaitan pendedahan EMG tahap rendah, berdasarkan kira-kira 25,000 artikel yang telah dihasilkan sejak 30 tahun lepas.

Dalam keselamatan penerbangan pula, SKMM juga telah mengesahkan bahawa jalur 3.5GHz untuk 5G di Malaysia tidak akan mengganggu sistem penerbangan. Tidak seperti di Amerika Syarikat, C-Band di Malaysia beroperasi dijalur rendah antara 3.4GHz-3.6GHz yang jauh daripada altimeter radio penerbangan yang berfungsi di julat 4.2GHz-4.4GHz.

Berikutan melonjaknya berita palsu dan maklumat tidak tepat berkenaan COVID-19 dan 5G, telah ada beberapa kejadian di mana orang ramai membakar menara 5G. Malah ada yang mengambil kesempatan dengan menjual peralatan perlindungan anti-5G dengan harga melebihi RM1,500.

[Sumber: SKMM]

Tags: 5g5g malaysiaSKMM
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Kelewatan pembinaan 5G di Amerika akan melambatkan sokongan 5G di iPhone

SKMM dan UPM buat tinjauan pendapat umum tentang kesan 5G kepada kesihatan dan keselamatan

6 February 2023
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER