• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:11 pm
  • 07/02/2023
  • Komen
Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah
Share on FacebookShare on Twitter

Adakalanya storan telefon kita jadi penuh, kesan daripada banyak gambar tidak penting yang di simpan di dalam galeri. Contohnya seperti screenshot, gambar lokasi parkir kereta dan juga gambar rawak yang di ambil semasa anak gunakan telefon. Apabila sudah terlalu banyak gambar, mesti susah untuk kita tapis dan padam satu per satu darinya, betul tak? Pernah tak anda hadapi situasi ini?

Jika pernah, seorang pengguna di Tiktok ada kongsikan satu cara mudah yang dia amalkan untuk selesaikan masalah ini. Ideanya untuk kemaskan galeri foto sebenarnya sangat kreatif!



@kaylakerr_

it’s also like your own personal TimeHop which is fun

♬ original sound – Kayla Kerr

Langkah yang dicadangkan ialah, buka aplikasi Photos sehari sekali kemudian taip tarikh pada hari tersebut. Contohnya 1 Januari. Aplikasi Photos kemudian akan paparkan semua gambar dari tahun-tahun sebelumnya pada tarikh itu. Anda kemudian boleh telitinya dan buang mana yang tidak perlu.

Seperti contoh di bawah, aplikasi Photos paparkan semua gambar yang saya ambil pada 1 Januari. Maka, dengan mudah saya boleh buang gambar kabur yang saya ambil pada tarikh tersebut. Dari jumlah asal 30 item, akhirnya saya simpan 16 item sahaja dalam galeri untuk tarikh 1 Januari. Ini sekaligus dapat mengurangkan penggunaan storan telefon.



Anda boleh cubanya di Android dan juga iOS. Jika anda rasa leceh lakukannya setiap hari, anda boleh jadualkan aktiviti ini pada setiap minggu. Maka tidaklah galeri telefon anda penuh dengan gambar yang tidak penting dan tidak berkualiti!

[Sumber: Kaylakerr_]

Tags: androidiOStips & tricks
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

7 February 2023
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN