• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ingin menghadiahkan sesuatu untuk yang tersayang? Jabra Elite ada barisan fon putik yang menarik

  • OLEH Putra Aziz
  • 11:13 am
  • 07/02/2023
  • Komen
Ingin menghadiahkan sesuatu untuk yang tersayang? Jabra Elite ada barisan fon putik yang menarik
Share on FacebookShare on Twitter

Menjelang hari Valentine yang akan tiba beberapa hari lagi, pasti anda semua ingin menghadiahkan sesuatu buat pasangan yang tersayang betul tak? Barisan produk fon putik oleh Jabra siri Elite 3, Elite 5 dan Elite 7 pro mungkin hadiah yang tepat untuk memikat hati orang yang tersayang.

Jabra Elite 5

Jabra Elite 5

Dengan menerima Anugerah Inovasi CES 2023  dalam kategori audio peribadi and fon kepala, fon putik Elite 5 ini dilengkapi dengan teknologi pembatalan hingar aktif hibrid yang mengurangkan bunyi bising di persekitaran untuk pendengaran yang lebih jelas. Elite 5 juga mempunyai 6mm pemacu yang ditala dengan sempurna bagi menghasilkan bunyi yang penuh dan kaya, jadi boleh lebih mendalami lagu bersama pasangan. Lebih praktikal, ia dilengkapi dengan Bluetooth Multipoint, Google Fast Pair dan Microsoft Swift Pair membolehkan ia disambung bersama dua peranti sekaligus, serta menyokong sistem pembantu suara Google Assistant dan Alexa. Elite 5 boleh digunakan selama 7 jam, dan sehingga 28 jam bersama sarung pengecasan tanpa wayar. Ia boleh didapati dalam 2 varian warna iaitu emas beige dan hitam titanium.



Jabra elite 7 Pro

Jabra Elite 7 Pro

Jabra Elite 7 Pro adalah model yang premium dalam siri Jabra Elite, didatangkan dengan penyokongan teknologi Multisensor Voice bersama 4 mikrofon berkuasa, serta sensor Voice Pick Up untuk memastikan suara jelas di mana jua sewaktu membuat panggilan telefon bersama yang tersayang. Walaupun fon putik ini kecil, ia berupaya untuk menghasilkan bass yang penuh dan treble yang jelas. Ia juga didatangkan dengan dengan teknologi pembatalan hingar aktif lanjutan boleh laras yang boleh digunakan selama 8 jam tanpa henti dan sehingga 30 jam bersama sarung pengecasan tanpa wayar. Elite 7 Pro boleh dipillih dalam 3 warna iaitu hitam, hitam titanium dan emas beige.

Jabra Elite 3

Jabra Elite 3

Jabra Elite 3 adalah model paling mampu milik dalam barisan Jabra Elite, sesuai untuk dihadiahkan kepada pasangan yang mencari fon putik untuk berhubung bersama. Walaupun dengan harga yang lebih rendah, ciri-ciri Elite 3 tidak menggambarkan ia produk yang mampu milik kerana ia menawarkan bunyi yang kaya dan bass yang kuat dengan pemacu 6mm, serta ketahanan 7 jam penggunaan berterusan tanpa perlu risau tentang kehabisan bateri. Elite 3 juga datang dengan fitur HearThrough untuk pengawasan persekitaran, serta reka bentuk putik yang selesa untuk dipakai pada tempoh yang panjang. Untuk pilihan warna Elite 3, ia didatangkan dengan pilihan warna ungu, beige ringan, kelabu hitam dan navy.



Untuk yang ingin menghadiahkan barisan Jabra Elite pada pasangan sempena Hari Valentines ini, anda boleh dapatkan di kedai rasmi Jabra di Shopee bermula dengan Jabra Elite 3 pada harga RM389, Elite 5 pada harga RM699 dan Elite 7 Pro pada harga RM999. Buat masa sekarang, ada diskaun di Shopee tapi tak pasti sampai bila. Jadi, dapatkan segera sementara diskaun masih ada.

Tags: elite 3Jabrajabra elite 5Jabra Elite 7 Pro
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Suka tangkap gambar? Ini senarai kamera hebat di telefon pintar bawah RM1,500 di Malaysia

Suka tangkap gambar? Ini senarai kamera hebat di telefon pintar bawah RM1,500 di Malaysia

19 September 2023
Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

9 September 2023
Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

14 September 2023
Pakej 5G Rahmah ada bayaran tersembunyi, tak semurah yang disangka bila mahu mendaftar

Pakej 5G Rahmah ada bayaran tersembunyi, tak semurah yang disangka bila mahu mendaftar

20 September 2023
Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

2 Ogos 2023
iPhone 14 Plus lebih besar mula dijual di Malaysia, ketahui harga dan tempat untuk membelinya

Harga rasmi iPhone 14, iPhone 13 dan iPhone SE kini lebih murah di Malaysia

13 September 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER