• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Permainan klasik Legend of Zelda dibina di Minecraft tanpa Mod. Apa cabarannya?

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:24 pm
  • 07/02/2023
  • Komen
Permainan klasik Legend of Zelda dibina di Minecraft tanpa Mod. Apa cabarannya?
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang YouTuber Minecraft C1OUS3R telah menghasilkan semula permainan asal Legend of Zelda di dalam Minecraft, tanpa menggunakan sebarang Mod.

Bukanlah perkara baru untuk sesebuah permainan dihasilkan dalam Minecraft kerana telah banyak permainan yang telah dihasilkan dengan Mod. Sebelum ini, Legend of Zelda pernah juga dihasilkan di dalam Minecraft, tetapi projek ini menjangkau lebih dari itu dengan hanya penggunaan ciri-ciri terbina dalam Minecraft, tanpa mod pihak ketiga dan pek sumber.



The legends of Zelda 1986
Famicom Disk System

Bagi yang tidak tahu, Legend of Zelda adalah sebuah permainan pengembaraan aksi siri pertama yang dilancarkan di Jepun oleh Nintendo pada 1986, yang boleh dimainkan di Famicom Disk System. Terdapat banyak versi Legend of Zelda yang telah dikeluarkan bermula dari 2D, hinggalah dikemas kini untuk peralihan ke 3D pada tahun 1998.

Karakter Link

Untuk menghasilkan permainan tersebut, ia tidak semudah dengan hanya memuat turun mod sedia ada. YouTuber C1OUS3R menunjukkan keseluruhan proses dari awal untuk bina dunia Legend of Zelda, serta mengubah tekstur untuk menjadikannya lebih 3D. Katanya, dia menggunakan Blockbench untuk menghasilkan versi rata karakter Link untuk semua sisi supaya ia boleh dipusing ke semua arah.



Bagi menghasilkan karakter yang berfungsi, YouTuber tersebut perlu menjadi lebih kreatif dengan menindankan karakter Link pada ‘carved pumpkin’ (item yang boleh dipakai di kepala dalam Minecraft) dan menjadikan pemain tidak kelihatan untuk memberi impresi karakter Link bergerak dengan sendirinya.

Musuh dalam permainan ini

Untuk musuh dalam permainan, tidak semua ada dalam versi ini kerana terlalu banyak pada versi asalnya. Sebaliknya, C1OUS3R hanya memilih beberapa karakter dan memberi AI untuk mereka bergerak sendiri.

Sebaik sahaja video C1OUS3R mencapai 5,000 suka, pembaca yang berminat untuk bermain boleh berbuat demikian kerana versi ini akan dikeluarkan untuk orang ramai.

[Sumber: Engadget dan Thegamer]

Tags: gamesminecraftnintendo
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Permainan klasik Legend of Zelda dibina di Minecraft tanpa Mod. Apa cabarannya?

Permainan klasik Legend of Zelda dibina di Minecraft tanpa Mod. Apa cabarannya?

7 February 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN