• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Doodle memperingati tokoh terkemuka animasi Malaysia & pencipta Keluang Man, Kamn Ismail

  • OLEH Fatin Amanina
  • 8:46 am
  • 08/02/2023
  • Komen
Google Doodle memperingati tokoh terkemuka animasi Malaysia & pencipta Keluang Man, Kamn Ismail
Share on FacebookShare on Twitter

Anda pernah tonton kartun Usop Sontorian atau Kluang Man? Jika pernah, anda perlu kenal individu yang bertanggungjawab mencipta siri animasi tersebut, iaitu Allahyarham Kamarudin Ismail atau lebih dikenali sebagai Kamn Ismail.

Beliau merupakan seorang tokoh terkemuka dalam dunia animasi Malaysia dan perintis dalam penggunaan teknologi komputer, serta aplikasi digital dalam animasi pada tahun 90-an. Google Doodle hari ini meraikan hari kelahirannya yang ke-67.



Latar belakang Kamn Ismail

Kamn Ismail dilahirkan di Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka, pada tahun 1956 dan mendapat pendidikan awal di Methodist Boys’ School, Sentul, Kuala Lumpur. Minat beliau dalam seni dan lukisan bermula sejak beliau masih bersekolah. Apabila beliau sudah dewasa, Kamn bekerja dengan sebuah syarikat yang berpangkalan di UK, McMillen Film Company, untuk hasilkan filem Paper Tiger yang dikeluarkan pada tahun 1975. Beliau mainkan peranan penting dalam Jabatan Pengarah Seni dan mempelajari pelbagai ilmu berkaitan teknik dan produksi filem.

Oleh kerana industri animasi tempatan masih belum menjadi sebuah industri berjaya ketika itu, Kamn terpaksa mengetepikan minatnya terhadap seni dan ambil pekerjaan lain, termasuk menjadi seorang kerani pentadbiran bersama Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).



Selepas memegang beberapa jawatan dalam syarikat itu selama 17 tahun, beliau ambil keputusan untuk beredar demi meneruskan minatnya dalam animasi. Apabila komputer dan teknologi mendapat daya tarikan pada tahun 80-an, Kamn menjadi begitu berminat untuk mengembangkan penggunaan komputer untuk tujuan melukis dan cuba hasilkan animasi kartun yang lebih canggih.

Pada tahun 1989, dengan bantuan dan keyakinan Syarikat Mega Universal Sdn Bhd, Kamn telah ditugaskan untuk mencipta persembahan 2D dan 3D untuk pelancaran produk, bagi syarikat-syarikat swasta dan badan-badan kerajaan.

Siri animasi pertamanya di Malaysia

Dari tahun 1991 hingga 1997, Kamn telah sertai Kharisma Pictures (M) Sdn Bhd untuk membentuk dan melatih kumpulan juruanimasi pertama bagi mencipta siri animasi pertama bertajuk Usop Sontorian. Hampir 3 tahun masa di ambil dan 94 kakitangan terlibat untuk hasilkan 49 episod. Animasi itu dikeluarkan untuk tontonan umum di TV1 RTM dan menjadi hit di seluruh Malaysia.

Sumber

Pada tahun 1996, Kamn mewakili delegasi Malaysia ke Festival Animasi Antarabangsa ke-6 yang diadakan di Hiroshima, Jepun. Beliau telah diberi peluang untuk memberi kesedaran mengenai dunia animasi di Malaysia dan mempamerkan episod dari siri Usop Sontorian kepada seluruh dunia.

Pada tahun 1997, Kamn menyertai UAS Animation Studios (M) Sdn. Bhd. sebagai salah seorang pengarah. Tugas pertamanya adalah untuk menghasilkan siri animasi yang popular, justeru Keluang Man dihasilkan pada tahun yang sama. Keluang Man sebenarnya merupakan animasi tempatan pertama menggabungkan animasi 2D dengan latar belakang 3D.

Anugerah & pengiktirafan

Pada tahun 2000, Kamn menubuhkan syarikat sendiri iaitu Quest Animations (M) Sdn. Bhd sekaligus menerbit dan mengarah siri animasinya sendiri.
Antara animasi yang pernah dihasilkannya menerusi syarikat ini adalah Che Nat, Kumang, Toman 1, Kumang Lagenda Sarawak, Lagenda Kinabalu, Pusaka, Pejuang, Duwi, Kiddo Science World, dan Mat Kilau.

Pada tahun 2016, Kamn memutuskan untuk bersara daripada industri animasi disebabkan kebimbangan kesihatan. Projek terakhirnya bersama Quest Animations ialah Mat Kilau, sebuah siri animasi bertemakan patriotik. Mat Kilau telah memenangi beberapa anugerah dan juga telah diterjemahkan ke dalam platform media lain seperti komik, Realiti Imbuhan dan permainan digital.

Pada tahun 2001, animasi yang dihasilkan iaitu Che Nat telah dianugerahkan tempat ketiga di Festival Antarabangsa Penerbitan Televisyen Negara Islam Pertama, yang diadakan di Tehran, Iran. Seterusnya pada tahun 2003, telemovie Kumang telah dianugerahkan Animasi Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-16. Di Anugerah Seri Angkasa 2005 pula, Kumang Lagenda Sarawak telah dianugerahkan Siri Animasi TV Tempatan Terbaik bagi tahun 2004 dan Lagenda Kinabalu memenangi anugerah yang sama bagi tahun 2005 pada edisi 2006 dalam acara dan anugerah yang sama.

Kamn Ismail turut dianugerahkan Tokoh Penggiat Kartun 2012 atas pencapaian menghasilkan siri animasi Malaysia. Pada 1 April 2018, Rumah Kartun dan Komik Malaysia bersama Animas telah mencalonkan beliau sebagai Tokoh Penglipurlara Animasi Malaysia pada malam anugerah Hari Kartunis.

Untuk menyumbang kembali kepada komuniti, Kamn turut menerima jawatan sebagai seorang pensyarah di Fakulti Penulisan Kreatif, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan berkhidmat sehingga beliau meninggal dunia pada 8 Disember 2019.

Jika anda suka animasi dan minat untuk hasilkannya, maka anda boleh mengangkat Kamn Ismail sebagai inspirasi kerana beliau telah memberi banyak sumbangan dalam industri animasi negara.

Tags: GoogleGoogle DoodleKamn IsmailKeluang ManUsop Sontorian
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Google Doodle memperingati tokoh terkemuka animasi Malaysia & pencipta Keluang Man, Kamn Ismail

Google Doodle memperingati tokoh terkemuka animasi Malaysia & pencipta Keluang Man, Kamn Ismail

8 February 2023
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER