• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor X8a, miliki kamera 100MP di bawah RM1,000

  • OLEH Najib
  • 5:56 pm
  • 08/02/2023
  • Komen
Honor X8a, miliki kamera 100MP di bawah RM1,000
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas melancarkan Honor X9a dan Honor X7a awal tahun ini, Honor Malaysia kini mengumumkan ketibaan model baru dalam keluarga ini, Honor X8a. Seperti namanya, ia terletak di antara Honor X9a dan Honor X7a, dari segi harga dan juga spesifikasi.

Antara tarikan yang terdapat di Honor X8a ini adalah kamera utama 100MP dan tanda harga di bawah RM1,000. Ia juga agak ringan dan nipis, serta memiliki skrin yang besar.



Harga dan promosi pembeli terawal

Orang ramai boleh membeli Honor X8a mulai 11 Februari 2023. Ia akan dijual di Kedai Jenama Honor, kedai online Honor, pengedar sah Honor seluruh Malaysia serta di Stor Rasmi Honor di Lazada dan Shopee.

Harga rasmi Honor X8a di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Honor X8a (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM999

Untuk perbandingan, harga Honor X9a di Malaysia adalah RM1,499 (8+256GB) manakala Honor X7a dengan bateri 3.5-hari berharga RM799 (6+128GB).

Khas untuk pembeli terawal, hadiah percuma bernilai RM258 akan diberikan berupa pengecas kereta Honor SuperCharge dan jaminan lanjutan tahun kedua.

Spesifikasi Honor X8a

Honor memasang cip MediaTek Helio G88 12nm sebagai kuasa utama di dalam Honor X8a. Ia dipadankan bersama RAM 8GB, serta storan dalaman 128GB. Tidak dinyatakan sokongan kad mikroSD.

Skrin jenis LTPS LCD terdapat di hadapannya, seluas 6.7-inci dengan resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 90Hz. Pengimbas capjari pula ada di dalam butang kuasa di sisi.

Kamera utama 100MP Ultra F1.9 di belakang merupakan tarikan utama di Honor X8a. Ia bergandingan dengan kamera lebar dan potret 5MP, serta kamera makro 2MP. Di hadapan, ia dilengkapi kamera 16MP F2.45 di dalam lubang kecil di atas skrin.

Walaupun ada badan yang besar, bateri di dalam Honor X8a hanyalah 4,500mAh. Boleh dikatakan kecil untuk peranti masakini. Ia menyokong pengecasan pantas Honor SuperCharge 22.5W melalui USB-C, mampu mengecas dari 0-50% dalam 30 minit. Kepala pengecas dan kabel ada disertakan bersama di dalam kotak.

Tambah Honor, telefon ini memiliki reka bentuk yang rata di tepi dan salutan licin berkilauan pada panel belakang. Ini memberikan Honor X8a rupa bergaya sambil memberi cengkaman yang selamat dan selesa. Keseimbangan sempurna antara bentuk dan fungsi.

Untuk warna, terdapat tiga pilihan disediakan iaitu Cyan Lake, Titanium Silver dan Midnight Black. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Honor X8a.

Bacaan Berkaitan

  • Honor X9a 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Honor X7a miliki hayat bateri sehingga 3.5 hari dan diiktiraf DXOMARK
  • Honor X9a 5G: Semua yang anda perlu tahu tentangnya
Tags: honorhonor X8a
Najib

Najib

POPULAR

Honor X8a, miliki kamera 100MP di bawah RM1,000

Honor X8a, miliki kamera 100MP di bawah RM1,000

8 February 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER