• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Translate ditambah AI, maksud terjemahan lebih banyak disediakan & ada contoh penggunaan perkataan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:55 pm
  • 09/02/2023
  • Komen
Google Translate ditambah AI, maksud terjemahan lebih banyak disediakan & ada contoh penggunaan perkataan
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam beberapa minggu akan datang, Google Translate akan mendapat naik taraf berkuasa AI untuk bantu anda cari terjemahan yang lebih tepat, terutamanya untuk perkataan dengan pelbagai maksud. Kebiasaannya, pengguna hanya akan diberikan satu terjemahan sahaja untuk satu perkataan. Tapi aplikasi ini tidak lama lagi bakal tawarkan beberapa pilihan terjemahan dengan penerangan, serta contoh penggunaannya.

Katakan anda cari terjemahan perkataan row, ia mempunyai pelbagai makna dalam bahasa Inggeris. Antara maksudnya ialah barisan dan dayung. Jika anda keliru tentang mana satu terjemahan yang tepat, Google tidak lama lagi akan tawarkan terjemahan untuk semua varian tersebut, bersama-sama dengan contoh dan cara ia digunakan.



Perkara ini tentunya akan bantu anda faham dan berkomunikasi dengan lebih jelas dalam bahasa berbeza. Kemaskini ini tersedia untuk bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Jepun dan Sepanyol mulai bulan ini dan lebih banyak bahasa lagi pada masa akan datang.

Reka bentuk baru aplikasi Google Translate

Dalam masa yang sama, Google baru-baru ini telah lancarkan reka bentuk baru untuk aplikasi Translate pada Android. Ada 3 perkara yang ditambah baik iaitu:



  1. Gerak isyarat baru: Ciri ini menjadikan Translate lebih mudah diakses. Antaranya anda boleh pilih bahasa dengan cepat dan hanya perlu tahan butang bahasa untuk pilih bahasa lain yang baru sahaja digunakan.
  2. Lebih mudah dibaca: Hasil terjemahan kini juga lebih mudah dibaca dengan fon baru. Turut disediakan terjemahan alternatif dan definisi dari kamus bagi membolehkan anda ketahui maksud yang berbeza.
  3. Peluasan bahasa: Ada 33 bahasa tambahan disediakan

Semua ini akan dikembangkan kepada pengguna iOS tidak lama lagi.

[Sumber: Engadget]

Tags: Googlegoogle translate
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Google Translate ditambah AI, maksud terjemahan lebih banyak disediakan & ada contoh penggunaan perkataan

Google Translate ditambah AI, maksud terjemahan lebih banyak disediakan & ada contoh penggunaan perkataan

9 February 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN