• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

Tony mahu AirAsia beroperasi di Subang, tetapi bukan lagi tambang murah

  • OLEH Najib
  • 5:44 pm
  • 09/02/2023
  • Komen
AirAsia Super+ Lite & Premium, terbang murah tanpa had sehingga Jepun, Korea dan banyak lagi
Share on FacebookShare on Twitter

CEO Capital A, Tony Fernandes menyambut baik pengumuman kerajaan untuk membangunkan semula Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) atau popular dengan nama Lapangan Terbang Subang, menerusi Pelan Penjanaan Semula Lapangan Terbang Subang (SARP). Sehubungan itu, Tony juga menyatakan minat untuk membuka operasi AirAsia di sana.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes, berkata Subang adalah lapangan terbang yang sentiasa dekat di hatinya dan beliau sering mengatakan bahawa adalah satu pembaziran aset jika LTSAAS tidak dibuka sepenuhnya. Katanya, bandar besar seperti Kuala Lumpur seharusnya mempunyai dua lapangan terbang dan dikenakan harga yang berbeza.



Tony memberi contoh di London, Lapangan Terbang London City adalah lebih mahal berbanding Lapangan Terbang Heathrow untuk terbang dari dan ke mana-mana destinasi. Dia tidak bercadang untuk memindahkan sebahagian operasi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), tetapi akan membuka operasi baharu di Subang kerana mahu menyasarkan pasaran berbeza.

Pesawat AirAsia Airbus 320 (kiri) dan Malindo ATR72-600 (kanan)

Dalam perancangan SARP, kapasiti semasa lapangan terbang Subang akan ditingkatkan kepada lapan juta penumpang setahun dan membenarkan operasi pesawat jet badan sempit seperti Boeing 737 dan Airbus 320 yang sebelum ini dihentikan pada tahun 2002. Dengan keluasan kira-kira 1,000 ekar, ia bersamaan kira-kira 7% saiz keluasan KLIA. LTSAAS tidak akan dapat menggantikan atau menggugat operasi KLIA, sebaliknya boleh menyediakan ruang perkhidmatan baru.



Antaranya sebagai hab penerbangan serantau untuk perniagaaan yang memerlukan masa singkat untuk pergi dari satu negara ke negara lain di Asia Tenggara, terutama sekali laluan Kuala Lumpur dan Singapura. Permintaan yang tinggi membolehkan caj biasa dikenakan, bukan tambang rendah, sama seperti penerbangan yang disediakan Lapangan Terbang Bandar London.

Tarikh yang sama, penerbangan ke Singapura dari Subang (kiri) lebih mahal daripada KLIA (kanan)

Sebagai contoh sekarang, penerbangan antara Subang ke Singapura adalah lebih mahal daripada KLIA ke Singapura, walaupun pesawat kipas turbo yang lama digunakan di Subang, berbanding pesawat jet di KLIA. Dengan membenarkan pesawat jet berbadan sempit di Subang, ia memberi pilihan baru untuk penumpang perniagaan yang mahukan perjalanan yang lebih cepat dan dekat tetapi tidak kisah membayar lebih. KLIA pula akan kekal sebagai lokasi penerbangan jarak jauh dan tambang rendah.

Tetapi lebih baik jika perancangan membangunkan semula LTSAAS dibuat seperti Terminal 4 Changi, yang direka sebagai lapangan terbang luas tetapi jarak jalan kaki yang dekat dari hujung ke hujung. Ia juga digital sepenuhnya dan tidak memerlukan interaksi dengan manusia, sekaligus menjadikan proses menaiki penerbangan lebih cepat. Lebih baik, tidak perlu lagi menunggu 2 ke 3 jam lebih awal di lapangan terbang, boleh datang dan terus naik ke pesawat tepat pada masanya.

[Sumber: Berita Harian]

Bacaan Berkaitan

  • Lapangan Terbang Subang akan dinaik taraf kepada premium dan benarkan pesawat kecil seperti B737 dan A320
  • AirAsia gembira kembali ke Terminal 4 Changi Singapura, lebih efisyen dan murah untuk operasi
  • Terminal 4 Changi: Semua lapangan terbang patut jadi seperti ini, contoh terminal masa depan
Tags: AirAsiaCapital ALTSAASSARPTony Fernandes
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
AirAsia Super+ Lite & Premium, terbang murah tanpa had sehingga Jepun, Korea dan banyak lagi

Tony mahu AirAsia beroperasi di Subang, tetapi bukan lagi tambang murah

9 February 2023
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER