• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Google

TOP 10 Google Malaysia: Arsenal & Man United paling popular dalam carian Januari 2023

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:23 am
  • 09/02/2023
  • Komen
TOP 10 Google Malaysia: Arsenal & Man United paling popular dalam carian Januari 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Google telah kongsikan 10 carian popular untuk bulan Januari lalu. Tujuh antaranya adalah berkaitan sukan, iaitu sukan bola sepak, badminton, tenis dan kriket. Tidak dapat dinafikan, sukan bola sepak sememangnya digilai ramai rakyat Malaysia. Hal ini terbukti apabila 3 carian teratas adalah mengenai pertembungan 2 pasukan bola sepak iaitu Arsenal vs Man United, PSG vs Al-Nassr dan Thailand vs Malaysia.

Selain sukan, filem seram Pulau yang tampil dengan trailer penuh kontroversi juga turut tersenarai. Jika anda perasan, ramai yang komen mengenai trailer filem tersebut di sosial media kerana ia didakwa mengandungi adegan panas dan lucah. Malah, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil juga ada berikan pandangan bahawa trailer filem ini tidak sesuai untuk ditayangkan.



1. Arsenal vs Man United

Eddie Nketiah dari Arsenal berjaya meletakkan pasukannya sebagai pemenang menentang Red Devils, dengan gol jarak dekat yang dijaringkan pada minit ke-90. Keputusan akhir perlawanan adalah 3-2 dan ia tentunya membanggakan penyokong pasukan Arsenal.

2. PSG vs Al-Nassr

Perlawanan persahabatan di Riyadh ini merupakan perlawanan pertama Cristiano Ronaldo di Arab Saudi sejak menyertai pasukan Al Nassr. Perlawanan ini juga menyaksikan dia bertembung dengan saingan hebat iaitu Lionel Messi. Pertembungan ini berakhir dengan kemenangan tipis 5-4 untuk PSG.



3. Thailand vs Malaysia

Malaysia menunjukkan keputusan membanggakan apabila berjaya mendahului juara bertahan, Thailand 1-0 dalam aksi separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil. Namun, harapan Harimau Malaya menjulang Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 nampaknya tidak kesampaian setelah mereka tewas 3-0, semasa berdepan dengan Thailand pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Thammasat.

4. 2023 Indonesia Masters

Indonesia Masters ialah kejohanan badminton antarabangsa. Carian ini pastinya dilakukan oleh peminat badminton, lebih-lebih lagi apabila ada wakil Malaysia menyertainya. Antaranya Pearly Tan, Thinaah Muralitharan, Tan Kian Meng dan Tan Wee Kiong.

Sumber

5. Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Fasa pertama bantuan kewangan tunai di bawah Kementerian Kewangan melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk golongan B40, diawalkan pemberiannya pada 17 Januari 2023. Rakyat Malaysia yang layak boleh tuntut bantuan sehingga RM300. Carian ini tentunya dilakukan untuk mengetahui terma dan syarat untuk dapatkan wang tersebut, serta untuk memeriksa kelayakan.

6. Australian Open

Australian Open ialah kejohanan tenis yang diadakan setiap tahun di Melbourne Park di Melbourne, Victoria, Australia. Menerusi kejohanan ini, peminat Naomi Osaka dan Novak Djokovic boleh lihat idola profesional mereka mendominasi dalam kategori masing-masing.

7. Bangladesh Premier League (BPL 2023)

Bangladesh Premier League (BPL 2023) merupakan sebuah liga kriket yang kini sudah memasuki musim kesembilan. Melalui perlawanan ini dapat disaksikan penampilan sulung Naseem Shah untuk pasukan Comilla Victorians dan rakan sepasukan Mohammad Air memintas Wahab Riaz dalam senarai pengambil wiket.

8. Filem Pulau

Tayangan treler filem seram Pulau pada bulan lalu telah mengundang kritikan dahsyat orang ramai, berikutan ada adegan yang dikatakan tidak sesuai ditontonkan pada masyarakat tempatan. Berdasarkan trailer yang dikongsikan, anda boleh lihat ada banyak adegan yang memperlihatkan wanita berpakaian bikini dan ada juga satu babak memaparkan wanita dan lelaki bercium.

9. Happy Chinese New Year

Tahun Baru Cina diraikan pada 22 Januari yang lalu. Tentunya ramai yang ambil peluang ini untuk membuat ucapan tahun baru cina yang istimewa kepada keluarga atau rakan yang menyambutnya.

10. New Zealand vs Pakistan

New Zealand dan Pakistan bertembung tiga perlawanan dalam siri kriket One Day International. Pakistan menang dengan 6 wiket dalam ODI pertama manakala New Zealand menang dalam ODI kedua dan ketiga dengan 79 larian dan 2 wiket masing-masing.

[Sumber gambar: Arsenal]

Bacaan berkaitan

  • Anwar Ibrahim & Mat Kilau antara yang menjadi tumpuan dalam carian Paling Sohor 2022
  • Tewas di King’s Cup, tapi Bola Sepak Malaysia di tangga pertama carian popular Google September 2022
  • Manchester United tewas 2 perlawanan EPL, tapi dapat perhatian ramai dalam carian popular Google Ogos 2022
Tags: Carian GoogleGooglegoogle search
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

TOP 10 Google Malaysia: Arsenal & Man United paling popular dalam carian Januari 2023

TOP 10 Google Malaysia: Arsenal & Man United paling popular dalam carian Januari 2023

9 February 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER