• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Realme 10 akan dilancarkan di Malaysia pada 13 Februari 2023

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:52 am
  • 11/02/2023
  • Komen
Realme 10 akan dilancarkan di Malaysia pada 13 Februari 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Realme Malaysia menjemput peminatnya untuk menyertai majlis pelancaran ahli baharu dalam siri Realme 10 mereka. Majlis tersebut dijadualkan akan berlangsung pada 13 Februari 2023 ini jam 3 petang. Buat anda yang berminat untuk mengikuti pelancaran ini, ia akan distrim secara langsung melalui laman Facebook Realme Malaysia.

Jangan lepaskan peluang untuk rebut pemberian percuma Realme 10 pada penonton bertuah.



Untuk maklumat anda, dua daripada siri tersebut sudahpun dilancarkan dalam bulan Disember 2022 tahun lalu iaitu Realme 10 Pro dan Realme 10 Pro+.

Realme 10 adalah sebuah telefon terbawah dalam siri Realme 10. Di bahagian muka, anda boleh temui panel paparan 6.4” AMOLED beresolusi FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Atas papan utama, ia dipacu cip pemproses Mediatek Helio G99 yang bergandingan dengan kombinasi sama ada 4GB + 64GB ataupun 8BG + 128GB.



Di bahagian pengimejan, ia mengambil gambar dengan kamera utama 50MP yang dibantu oleh kamera 2MP B&W. Di depan, selfie diambil menerusi lensa bersensor 16MP.

Realme mengenakan tangki bateri 5,000mAh pada telefon ini yang menyokong sistem pengecasan pantas 33W. Pengecas disediakan di dalam kotak.

Pada sudut harga, anda boleh jangkakan yang ia akan dijual pada harga kurang daripada RM1,000 kerana Realme 10 Pro sudahpun menduduki carta RM1,299. Realme 9 sewaktu dilancarkan dulupun ada tanda harga bermula RM899.

Realme 10 Pro 5G edisi Coca-Cola dilancarkan di India dengan pelbagai jajan menarik

Bersama-sama dengan jemputan itu, Realme Malaysia turut ingin menguar-uarkan yang telefon edisi istimewa Realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition turut akan dipamerkan pada hari yang sama. Hanya 6,000 unit telefon ini dihasilkan secara kesuluruhannya.

Seperti yang dlaporkan dalam artikel sebelum ini, Realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition mendukung konfigurasi yang sama sahaja dengan Realme 10 Pro versi biasa kecuali di bahagian kosmetik dan antaramui RealmeUI. Berikut adalah spesifikasinya:

  • Panel paparan 6.72” FHD+ 120Hz
  • SoC Snapdragon 695 5G
  • RAM 8GB dan storan 128GB
  • Kamera belakang 108MP + 2MP
  • Kamera depan 16MP
  • Bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W

Sumber: Realme

Tags: androidRealmerealme 10realme 10 pro coca-cola edition
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Realme 10 akan dilancarkan di Malaysia pada 13 Februari 2023

Realme 10 akan dilancarkan di Malaysia pada 13 Februari 2023

11 February 2023
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER