• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme 10: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 7:01 pm
  • 13/02/2023
  • Komen
Realme 10: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Realme hari ini melancarkan secara rasmi, Realme 10 ke Malaysia. Ia adalah model ketiga dalam siri Realme 10, selepas Realme 10 Pro dan Realme 10 Pro+ dilancar akhir tahun lepas.

Dalam pengumuman hari ini, Realme Malaysia turut menyatakan promosi menarik untuk pembeli terawal. Hadiah percuma bernilai sehingga RM268 disediakan untuk tempahan awal dalam tempoh terhad.



Harga dan promosi tempahan awal Realme 10

Hanya ada satu varian Realme 10 dilancar di Malaysia, dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Harga rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Realme 10 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM999

Telefon ini akan mula dijual di semua pengedar Realme di Malaysia pada hari Jumaat ini, 17 Februari 2023.



Kepada yang berminat, boleh membuat tempahan awal untuk menikmati hadiah percuma. Tempahan awal dibuka bermula esok, 14 Februari sehingga 16 Februari 2023 dan boleh dibuat di semua Stor Jenama Realme dan pengedar sah Realme terlibat, serta atas talian di Stor Rasmi Realme di Lazada, Shopee dan TikTok.

Hadiah percuma yang disediakan berupa jam Realme Band 2 (bernilai RM169) dan 1-tahun perlindungan keretakan skrin (bernilai RM99).

Spesifikasi Realme 10

Menurut Realme, mereka menggunakan cip Mediatek Helio G99 sebagai penggerak utama, cip 4G terbaik Mediatek. Ia dipadankan bersama RAM LPDDR4x sebanyak 8GB dan storan dalaman UFS 2.2. RAM maya boleh menambah lagi 8GB, menjadikan jumlah RAM boleh guna sehingga 16GB. Storan juga boleh diluaskan menerusi kad mikroSD, sehingga 1TB diterima.

Skrin Realme 10 agak kecil, hanya seluas 6.4-inci, jenis Super AMOLED HD Penuh dan kadar penyegaran 90Hz. Tetapi pengimbas capjari terletak di sisi, bukan di dalam skrin. Kaca Corning Gorilla Glass 5 menjadi lapisan pelindung luar skrin.

Terdapat lubang kecil di sudut kanan skrin, memuatkan kamera hadapan 16MP F2.45. Di belakang, ia hanya ada dua kamera iaitu kamera utama 50MP F1.8 dan kamera hitam putih 2MP F2.4.

Tenaga pula disalur oleh bateri berkapasiti 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 33W USB-C. Pengecas dan kabel ada disertakan di dalam kotak.

Sistem bunyi hanya mono, menerusi speaker di bawah telefon. Tetapi ia masih ada jek audio 3.5mm untuk menyambung fon telinga berwayar.

Sistem operasi yang digunakan di Realme 10 adalam Realme UI 3.0, berasaskan Android 12. Realme tidak menyatakan sebarang komitmen kemaskini OS ataupun keselamatan untuk Realme 10.

Terdapat dua warna ditawarkan untuk Realme 10 iaitu putih dan hitam. Kedua-dua warna ini menggunakan kemasan kerlipan bintang di belakang, untuk memberikan rupa premium.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Realme 10.

Bacaan Berkaitan

  • Realme 10 Pro & 10 Pro+: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Realme 10 Pro 5G edisi Coca-Cola dilancarkan di India dengan pelbagai jajan menarik
  • Realme 10 akan dilancarkan di Malaysia pada 13 Februari 2023
  • Realme 10 diumum, spesifikasi macam turun taraf daripada Realme 9
Tags: Realmerealme 10
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Realme 10: Maklumat penjualannya di Malaysia

Realme 10: Maklumat penjualannya di Malaysia

13 February 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER