• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Geekbench 6 dilancar, ujian lebih berat bakal dihumban pada peranti

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:31 pm
  • 15/02/2023
  • Komen
Geekbench 6 dilancar, ujian lebih berat bakal dihumban pada peranti
Share on FacebookShare on Twitter

Pembangun perisian penanda aras terkenal Primate Labs telah mengumumkan Geekbench 6. Ia adalah perisian penanda aras pelbagai platform yang sering digunakan pengeluar perkakasan komputer untuk menyukat prestasi produk masing-masing.

Dalam Geekbench 6, pembangunnya mengumumkan yang ia adalah nak naik taraf yang signifikan tentang cara mereka menyukat prestasi disebabkan pembaharuan-pembaharuan pada komponen elektronik moden. Contohnya, telefon pintar kini mengambil gambar pada resolusi lebih besar dan lebih baik. Kemudian, kecerdasan buatan dalam peranti mudah alih juga kini menjadi norma baharu.



Proses menanda aras pada Geekbench 6 masih menggunakan pendekatan dunia sebenar dalam merumuskan algoritma yang digunakan. Mereka telah membangunkan beban kerja baharu untuk memerah keringat peranti yang diuji. Beban yang akan dikenakan adalah seperti:

  • Mengkaburkan latar sewaktu sidang video
  • Mengenakan penuras pada imej sewaktu menyunting gambar
  • Membuang objek tak dikehendaki daripada gambar
  • Mengesan dan tanda objek menggunakan model AI
  • Menganalisis, memproses, dan mengubah suai teks menggunakan bahasa atur cara

Set data juga telah diperbaharukan untuk mengandungi fail-fail ujian yang lebih moden seperti:



  • Gambar pada resolusi lebih tinggi
  • Peta lebih luas dalam ujian navigasi
  • Dokumen seperti PDF yang lebih besar dan kompleks
  • Lebih banyak fail besar dalam ujian pembangun

Geekbench 6 disediakan secara percuma untuk kegunaan peribadi dan anda boleh muat turunnya hari ini.

  • Muat turun Geekbench 6 di Android
  • Muat turun Geekbench 6 di iOS
  • Muat turun Geekbench 6 di Windows
  • Muat turun Geekbench 6 di macOS
  • Muat turun Geekbench 6 di Linux
Tags: Geekbenchgeekbench 6
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Geekbench 6 dilancar, ujian lebih berat bakal dihumban pada peranti

Geekbench 6 dilancar, ujian lebih berat bakal dihumban pada peranti

15 February 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN