• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

OnePlus Buds Pro 2: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 4:38 pm
  • 15/02/2023
  • Komen
OnePlus Buds Pro 2: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam pentas yang sama dengan pelancaran OnePlus 11, OnePlus Malaysia turut mengumumkan ketibaan fon putik terbaru, OnePlus Buds Pro 2. Ia adalah fon putik premium berkualiti tinggi, dilengkapi pelbagai ciri-ciri canggih dan hayat bateri yang sangat panjang.

Orang ramai boleh membeli OnePlus Buds Pro 2 di Malaysia mulai 25 Februari 2023. Ia akan terdapat daripada pengedar sah OnePlus di seluruh Malaysia, serta atas talian di Stor Rasmi OnePlus Malaysia, serta di Lazada dan Shopee.



Harga rasmi OnePlus Buds Pro 2 di Malaysia adalah RM869. Dengan ketibaan fon putik baru ini, model lama OnePlus Buds Pro generasi pertama boleh didapati pada harga RM799.

Spesifikasi OnePlus Buds Pro 2

OnePlus menyatakan fon putik flagship terbaru ini dilengkapi teknologi audio spatial dan dwi pemacu bunyi, untuk memberikan kualiti audio yang lebih mengagumkan. Ia juga sangat kecil dan kompak tetapi tidak mengorbankan ciri-ciri premium dan hayat bateri.



Menariknya, warna yang disediakan untuk OnePlus Buds Pro 2 adalah serupa dengan warna OnePlus 11, iaitu hijau dan hitam. Ini membolehkan pemilik untuk menggayakan kedua-dua peranti dalam warna yang sama. Tetapi ia tampil dengan dwi kemasan matte dan metalik untuk rupa lebih anggun.

OnePlus bekerjasama dengan pakar bunyi, Dynaudio untuk menghasilkan OnePlus Buds Pro 2. Fon putik ini menggunakan dwi pemacu bunyi MelodyBoost, untuk pengalaman bunyi yang mirip rakaman di dalam studio. Pemacu ini bersaiz 11mm (woofer) dan 6mm (tweeter) untuk menghasilkan bunyi pada frekuensi rendah dan tinggi dengan mudah.

Sambungan wayarles pula diuruskan oleh enjin Bluetooth LHDC 4.0 Ultra-HD bagi memastikan bunyi resolusi tinggi menghampiri kualiti berwayar, disalurkan dengan lancar ke telinga pengguna. Di samping itu, teknologi Audio ID2.0 membantu mengenal pasti bentuk telinga pengguna dan ditala agar menepati keperluan pengguna yang berbeza. Padanan bersama peranti boleh dibuat pantas dan mudah, menerusi Google Fast Pair.

Menurut Oneplus, fon putik ini adalah TWS pertama menggunakan fungsi Audio Spatial Google yang direka khas untuk Android 13. Ia memudahkan pengalaman bunyi yang mengasyikkan menerusi pelbagai aplikasi di peranti Android 13, antaranya YouTube dan Disney+ Hotstar. Tetapi jika digunakan bersama OnePlus 11, pengguna akan menikmati kualiti lebih hebat antaranya Dolby Atmos dan Dolby Head Tracking.

Tidak lengkap sesuatu fon putik premium jika tiada penyaring hingar aktif (ANC). Di OnePlus Buds Pro 2, ia boleh menyingkirkan bunyi persekitaran sehingga 48dB dan maksimum 4kHz. Pengguna juga boleh menetapkan sendiri tahap kepekaan ANC, mengikut kesesuaian yang diingini.

Di samping itu, terdapat juga mod ‘transparency’ atau telus yang membolehkan bunyi luar didengari seperti tiada halangan di dalam cuping telinga. Tidak perlu mencabut fon putik untuk berbual dengan sesiapa di sekitar anda.

Perkara paling penting pada sesuatu peranti sebenarnya adalah hayat bateri. OnePlus Buds Pro 2 menyediakan tenaga sehingga 39 jam bermain lagu dengan ANC dimatikan, atau 25 jam ANC hidup. Di fon putik sahaja, ia memberi masa guna sehingga 9 jam tanpa ANC atau 6 jam bersama ANC.

Pengecasan juga pantas. Dengan mengecas berwayar menerusi USB-C selama 10 minit, ia boleh memberikan masa penggunaan sehingga 10 jam bersama pengecas, atau 3 jam di fon putik sahaja. Ia juga menyokong pengecasan Qi wayarles.

Penggemar aktiviti kecergasan tidak perlu risau menggunakan OnePlus Buds Pro 2 kerana ia diiktiraf kalis percikan air IP55 di fon putik dan IPX4 pada bekas penyimpan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk OnePlus Buds Pro 2.

Bacaan Berkaitan

  • OnePlus Buds 2 Pro di Malaysia, ada audio spatial macam versi China?
  • OnePlus 11 dilancar, Snapdragon 8 Gen 2 dengan teknologi Hasselblad
  • [REVIU] OnePlus 11: Hanya untuk si pemberani
  • OnePlus 11: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: OnePlusoneplus buds pro 2
Najib

Najib

POPULAR

OnePlus Buds Pro 2: Maklumat penjualannya di Malaysia

OnePlus Buds Pro 2: Maklumat penjualannya di Malaysia

15 February 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER