• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy Watch 4 sudah ada ciri tekanan darah dan ECG, seperti Galaxy Watch 5

  • OLEH Najib
  • 5:39 pm
  • 16/02/2023
  • Komen
Galaxy Watch 4 sudah ada ciri tekanan darah dan ECG, seperti Galaxy Watch 5
Share on FacebookShare on Twitter

Akhir bulan lepas, Samsung mengumumkan kedatangan ciri baru yang canggih untuk jam pintar terbaru mereka, Galaxy Watch 5. Ciri tersebut adalah pengesan tekanan darah (blood pressure) dan ECG, ciri yang sukar ditemui di kebanyakan jam pintar. Tidak lama selepas itu, Samsung Malaysia mengesahkan ciri ini bakal tiba di model lama, Galaxy Watch 4 dan Galaxy Watch 3.

Hari ini, kami dimaklumkan oleh pengguna Galaxy Watch 4 bahawa ciri pengesan tekanan darah telah muncul di jam pintar mereka. Ia mula ada selepas kemaskini perisian dibuat semalam dengan pemasangan firmware terkini.



@LowyatNET @Soya_Cincau not sure if anyone informed you all but this showed up on my Samsung Galaxy Watch 4 after I updated it yesterday with the latest firmware! And yes I can install Samsung Health Monitor app too from Galaxy Store and it works pic.twitter.com/1eLBkLsNyS

— Isaac Chong (@zacaaron) February 16, 2023

Untuk memantau dan menyimpan rekod tekanan darah dan ECG daripada jam pintar Galaxy, aplikasi Samsung Health Monitor diperlukan. Selepas berjaya mendapatkan maklumat berkaitan daripada jam pintar, aplikasi ini akan memaparkan tahap tekanan darah Sistolik (BP), Diastolik (BP) dan denyutan nadi jantung.

Bagaimanapun, untuk menggunakan ciri pemantau tekanan darah ini dengan jayanya di Galaxy Watch, pengguna perlu memadankannya secara manual dengan alat pemantau tekanan darah sebenar yang menggunakan pam angin dan dipasang di lengan. Untuk bacaan yang tepat, ia perlu dipadankan sebanyak 3 kali dalam 3 hari, serta diulang semula setiap 28 hari kemudian.



Pengguna Galaxy Watch 4 yang masih belum mendapat ciri ini, boleh memeriksa kemaskini firmware terbaru jam mereka dan memuat turun. Pengguna Galaxy Watch 3 pula boleh nantikan ketibaan ciri ini tidak lama lagi, dijangka selewat-lewatnya pada sukyu kedua 2023.

Terima kasih @zacaaron atas tip yang diberi!

Tags: samsungSamsung galaxy watch 4
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy Watch 4 sudah ada ciri tekanan darah dan ECG, seperti Galaxy Watch 5

Galaxy Watch 4 sudah ada ciri tekanan darah dan ECG, seperti Galaxy Watch 5

16 February 2023
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN