• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna Samsung Galaxy Watch 5 di Malaysia kini boleh gunakan ciri ECG pada jam tangan mereka

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:50 am
  • 31/01/2023
  • Komen
Pengguna Samsung Galaxy Watch 5 di Malaysia kini boleh gunakan ciri ECG pada jam tangan mereka
Share on FacebookShare on Twitter

Galaxy Watch 5 adalah jam tangan terbaharu daripada Samsung. Dalam pasaran Malaysia, peranti ini mempunyai kelulusan dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan yang bermakna peranti ini boleh digunakan sebagai salah satu sumber diagnos oleh ahli perubatan melalui aplikasi Samsung Health Monitor.

Dan berita terbaharu daripada Samsung adalah mereka telah mengaktifkan fungsi ECG untuk pengguna di dalam pasaran Malaysia.



Cara mencerap tekanan darah menggunakan Galaxy Watch 5

Pertama sekali, anda perlu wujudkan profil individu di aplikasi Samsung Health Monitor. Kemudian, kalibrasi perlu dilakukan untuk memastikan jam tangan boleh mendapatkan bacaan yang tepat.

Semua arahan akan dipaparkan pada panel paparan. Samsung menyarankan kepada pengguna untuk tidak mengambil sebarang alkohol, kafein, merokok, mandi, ataupun bersukan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum kalibrasi dilakukan.



Sewaktu sesi kalibrasi, pengguna turut disarankan untuk bersandar dan rehatkan lengan di atas meja selama 5 minit untuk pastikan badan dalam keadaan rehat.

Kalibrasi perlu dilakukan sebanyak 3 kali dalam masa 3 hari untuk menyudahkan proses. Kalibrasi semual juga perlu dilakukan setiap 28 hari bagi memastikan bacaan sentiasa tepat.

Sekiranya anda mengikuti arahan dengan betul, anda bolehlah menggunakan Galaxy Watch 5 untuk menyukat tekanan darah dan denyutan nadi dengan tepat.

Cara guna fungsi ECG pada Galaxy Watch 5

Anda Cuma perlu lancarkan aplikasi Samsung Health Monitor. Arahan akan dipaparkan untuk diikuti. Tapi secara asasnya, anda perlu menyentuh sensor di butang perumah jam tangan sepanjang tempoh bacaan.

Selain menyentuh, anda juga disarankan untuk memakai Galaxy Watch 5 dengan kemas bagi memastikan sensor sentiasa bersentuhan dengan kulit.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Samsung Galaxy Watch 5, harganya di laman rasmi adalah RM1,099 untuk versi bukan Pro manakala Galaxy Watch 5 Pro berharga RM1,699.

Tags: ecgjam tanganmohpihak berkuasa peranti perubatansamsungsamsung galaxh watch 5 prosamsung galaxy watch 5samsung health monitor
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Pengguna Samsung Galaxy Watch 5 di Malaysia kini boleh gunakan ciri ECG pada jam tangan mereka

Pengguna Samsung Galaxy Watch 5 di Malaysia kini boleh gunakan ciri ECG pada jam tangan mereka

31 January 2023
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN