• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MyRailLife dilancar, perkhidmatan percuma KTM Komuter bagi OKU & pelajar, pendaftaran dibuka sekarang

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:17 pm
  • 16/02/2023
  • Komen
MyRailLife dilancar, perkhidmatan percuma KTM Komuter bagi OKU & pelajar, pendaftaran dibuka sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Anak anda sering ke sekolah menaiki KTM? Satu perkhidmatan percuma KTM Komuter bagi sektor Lembah Klang, Utara dan Perkhidmatan Shuttle Timuran telah diperkenalkan menerusi Inisiatif MyRailLife. Melaluinya, murid tahun satu hingga pelajar tingkatan enam dan Orang Kelainan Upaya (OKU), tak perlu lagi bayar tambang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bermula 15 Februari 2023. Penumpang yang layak boleh guna pas yang disediakan tanpa had.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, selain memanfaatkan pelajar sekolah dan OKU, pas percuma ini juga dapat ringankan beban kewangan ibu bapa selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengawal kos sara hidup.



Bagaimana penumpang yang layak boleh dapatkan pas MyRailLife?

Penumpang yang layak perlu lakukan pendaftaran sekali sahaja untuk dapatkan pas ini. Bagi pengguna KTM Komuter Lembah Klang anda perlu ke kaunter tiket untuk lakukan pendaftaran.

Bagi pengguna KTM Komuter Utara dan Shuttle Timuran pula, anda boleh daftar serta dapatkan pas melalui laman web rasmi KTMB. Buka laman web tersebut, tekan pada pilihan Rail Pass, kemudian pilih laluan anda untuk lakukan pendaftaran. Tiada bayaran dikenakan bagi pengeluaran pas ini.



Jika anda tidak pasti sama ada perkhidmatan KTM yang anda naik membenarkan penggunaan pas MyRailLife atau tidak, berikut merupakan laluan KTM yang terlibat dengan pas ini.

  1. Perkhidmatan tren KTM Shuttle Timuran (DMU): Laluan Gemas – Tumpat – Gemas.
  2. Pekhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang: Pelabuhan Klang – Tg. Malim – Pelabuhan KLang & Batu Caves – Pulau Sebang Batu Caves
  3. Perkhidmatan Komuter sektor utara: Padang Besar – Butterworth – Padang Besar & Padang Rengas – Butterworth – Padang Rengas

Tempoh penggunaan pas MyRailLife bermula dari 15 Februari sehingga 14 Februari 2024. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenainya di sini.

Selain itu, ditawarkan juga 10,000 kad Komuter Link percuma untuk pendaftar terawal bagi pengguna baharu dan pemegang kad MyRail5 berdasarkan siapa cepat dia dapat untuk pengguna KTM Komuter Lembah Klang. Manfaat kad ini ialah anda boleh nikmati diskaun tambang sehingga 50%, tambah nilai minima bermula dari RM3 dan tiada caj dikenakan untuk tambah nilai di kaunter dan mesin tiket.

Permohonan kad konsesi boleh dibuat di kaunter Komuter Link yang terletak di stesen KL Sentral antara jam 9 pagi sehingga 5 petang, hari Isnin sehingga Jumaat. Pemohon dikehendaki membawa salinan asal dan salinan MyKad serta kad Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tujuan pengesahan.

[Sumber: HMetro, KTM]

Tags: KomuterKTMKTMB
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

MyRailLife dilancar, perkhidmatan percuma KTM Komuter bagi OKU & pelajar, pendaftaran dibuka sekarang

MyRailLife dilancar, perkhidmatan percuma KTM Komuter bagi OKU & pelajar, pendaftaran dibuka sekarang

16 February 2023
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN