• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TNB sediakan stesen pengecas EV 180kW di R&R Tapah, anda boleh guna sekarang percuma!

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:24 pm
  • 16/02/2023
  • Komen
TNB sediakan stesen pengecas EV 180kW di R&R Tapah, anda boleh guna sekarang percuma!
Share on FacebookShare on Twitter

Anda guna kenderaan elektrik (EV)? Pernah rasa risau jika kehabisan bateri dan tiada stesen pengecas di tengah lebuhraya? Tahu tak, Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan memperuntukkan RM90 juta dalam tempoh dua tahun untuk bina stesen pengecasan terus (DC) bagi kegunaan EV di Malaysia.

Pengarah Program Pejabat Pengurusan Projek Kenderaan Elektrik TNB, Mohd Junaizee Mohd Noor berkata, TNB sudah bina tiga stesen pengecasan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) iaitu di Tapah Perak, Paka Terengganu dan Ayer Keroh Melaka.



Mereka turut sasarkan untuk bina tujuh lagi stesen DC di Malaysia menjelang akhir tahun ini di sepanjang lebuhraya. Oleh itu, dijangkakan TNB akan ada 10 Stesen DC di seluruh lebuhraya menjelang akhir tahun. Di samping itu, TNB juga sedang berbincang untuk bina stesen DC di jalan-jalan utama. Jadi, pengguna EV tak perlu risau tentang kehabisan bateri di lebuh raya jika perlu lalui perjalanan jarak jauh.

Untuk pengetahuan anda, stesen pengecasan di kawasan R&R Tapah Perak baru di buka semalam. Pengguna EV boleh uji pengecas DC 180kW yang disediakan secara percuma sehingga hujung Februari 2023! Bukan di lokasi itu sahaja, anda boleh juga nikmati peluang mengecas percuma ini melalui stesen TNB Electron di R&R Ayer Keroh arah utara dan R&R Paka arah utara yang kini telah dibuka untuk tempoh ujian perintis dengan masing-masing berkapasiti 2x90kW (DC).



Pengguna EV Lebuhraya Arah Utara! Kami bersama anda! Hari ini R&R Tapah Arah Utara kini turut dikuasakan dengan pengecas #TNBElectron.

Pengguna EV kini boleh menguji pengecas #TNBElectron 1×180kW (DC) kami secara percuma semasa mengembara melalui R&R Lebuhraya Tapah Arah Utara. pic.twitter.com/LXCpK6FiYD

— Tenaga Nasional (@Tenaga_Nasional) February 15, 2023

Jika anda guna EV, pastikan anda ambil peluang untuk singgah sebentar di stesen pengecasan TNB Electron ini untuk caj kereta anda secara percuma. Guna aplikasi GO TO-U untuk tempah slot mengecas.

[Sumber: The Edge]

Tags: EVTNBTNB Electron
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
TNB sediakan stesen pengecas EV 180kW di R&R Tapah, anda boleh guna sekarang percuma!

TNB sediakan stesen pengecas EV 180kW di R&R Tapah, anda boleh guna sekarang percuma!

16 February 2023
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN