• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Microsoft secara rasmi menyokong Windows 11 untuk cip Apple M1 dan M2

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:24 pm
  • 20/02/2023
  • Komen
Microsoft secara rasmi menyokong Windows 11 untuk cip Apple M1 dan M2
Share on FacebookShare on Twitter

Microsoft kini secara rasmi menyokong penggunaan versi ARM Windows 11 di komputer Apple Mac berasaskan cip M1 dan M2. Ia dapat dilakukan hasil kerjsama Microsoft bersama Parallels, yang membolehkan sistem operasi Windows dijalankan dalam persekitaran maya.

Sememangnya Parallels adalah salah satu cara utama untuk menggunakan Windows di peranti Mac sebelum ini, tetapi kini Parallels Desktop versi 18 adalah ‘penyelesaian rasmi’ yang disokong oleh Microsoft sendiri.



Walaubagaimanapun, Microsoft masih mempunyai had untuk menentukan CPU mana yang boleh disokong untuk Windows 11. Dengan cip M1 dan M2 dapat penyokongan rasmi, ia masih tidak boleh mempamerkan prestasi terbaik kerana OS tersebut masih dijalankan secara maya. Apple juga masih tidak menunjukkan sebarang tanda untuk menyokong pilihan yang lebih optimum iaitu Boot Camp, di Mac M1 dan M2 .

Sehingga sekarang, Microsoft hanya melesenkan versi ARM Windows pada OEM, jadi ia menyukarkan untuk M1 dan M2 dijalankan secara maya oleh pengguna biasa. Parallels pada awalnya mula menyokong OS Windows di cip M1 dengan Parellels Desktop 16.5, tetapi versi ini membolehkan Windows 11 dimuat turun dan dipasang dengan satu klik sahaja. 



Cara pelesenan walaubagaimanapun dikatakan masih tidak jelas, dengan Parallels menyatakan bagi perniagaan, boleh membeli lesen Windows 11 melalui proses perolehan biasa Windows. Untuk Windows 11 Pro, individu boleh mendapatkan lesen terus dari Microsoft. Microsoft juga menawarkan Windows 365 Cloud sebagai alternatif lain bagi sesiapa yang mahu akses Windows 11 di Mac M1 dan M2. Ia adalah mesin maya yang dihoskan di awan dengan termasuk keserasian penuh untuk aplikasi.

Versi ARM Windows 11 yang dijalankan di Parallels Desktop 18 terdapat had penyokongan pada jenis perkakasan, permainan dan applikasi. Beberapa permainan tidak akan berfungsi jika ia memerlukan OpenGL 3.3 dan keatas, atau memerlukan driver anti-cheat. Berita baiknya, ARM Windows sekarang mempunyai emulasi x64, jadi kebanyakan aplikasi sepatutnya berjalan dengan baik.

Walaupun penggunaan Parallels masih ada had dan tidak memberi prestasi yang baik seperti menggunakan Mac OS, ia masih opsyen yang bagus untuk mereka yang memerlukan Windows 11 di Mac, dengan adanya penyokongan dari Microsoft sendiri.

Untuk pemilik Mac M1 dan M2 yang berminat untuk langgan, boleh layari laman Parallels di sini. Selain membeli lesen Parallels 18, anda juga perlu membeli lesen Windows 11 secara berasingan.

[Sumber: The Verge]

Tags: apple m1apple m2Microsoftparallelswindows 11
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Microsoft secara rasmi menyokong Windows 11 untuk cip Apple M1 dan M2

Microsoft secara rasmi menyokong Windows 11 untuk cip Apple M1 dan M2

20 February 2023
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN