• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kerajaan rampas kredit prabayar Digi bernilai RM3.4 juta yang dipercayai diguna untuk kegiatan haram

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:36 am
  • 21/02/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Mahkamah Sesyen Shah Alam telah meluluskan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merampas kira-kira RM3.4 juta dalam bentuk kredit prabayar Digi kerana dipercayai digunakan untuk melaksanakan aktiviti di luar batas undang-undang.

Berdasarkan sumber Bernama, RM3.4 juta itu melibatkan 733 akaun prabayar yang didaftarkan kepada 533 pelanggan hasil siasatan dalaman pihak Digi sendiri. Ia selepas terdapat segelintir pelanggan yang mengadu banyak menerima SMS tawaran menyertai aktiviti judi dalam talian.



Digi memperjelas bahawa mereka tidak menyediakan kemudahan untuk melaksanakan aktiviti judi dalam talian namun kredit yang terkandung dalam akaun prabayar mungkin telah dieksploitasi untuk amalan perjudian. Dilaporkan juga yang SPRM menemui akaun prabayar yang mengandungi baki kredit yang luar biasa banyak dan menimbulkan keraguan.

Dalam satu laporan berlainan, The Edge menyatakan yang kredit tersebut dipercayai digunakan bukan sahaja untuk judi dalam talian, malahan pelacuran juga. RM3.4 juta yang dirampas tadi adalah sebahagian daripada sejumlah RM4.25 juta yang telahpun dirampas sebelum ini antara tahun 2020 dan 2021.



[Sumber: MalayMail, TheEdgeMarket]

Tags: digi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

1 Disember 2022

Kerajaan rampas kredit prabayar Digi bernilai RM3.4 juta yang dipercayai diguna untuk kegiatan haram

21 Februari 2023
5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

22 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER